Jabatan Pergigian Pediatrik

Jabatan Pergigian Pediatrik

Pengenalan

Perkhidmatan Pergigian Pediatrik telah mula beroperasi sebagai sebuah unit di Hospital Tuanku Jaafar pada tahun 1995. Pada Julai 2010, ia telah diiktiraf oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia sebagaui sebuah jabatan yang menyediakan rawatan kepakaran kepada kanak-kanak 16 tahun ke bawah yang dirujuk, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah kompromi perubatan dan bekeperluan khas. Jabatan Pergigian Pediatrik beroperasi di tingkat satu Klinik Pakar Hospital Tuanku Ja’afar dan berada di bawah direktorat pembedahan.

Visi

Untuk mempertingkatkan kualiti hidup bayi, kanak-kanak dan remaja dengan kesihatan oral yang baik, melalui promosi kesihatan oral dan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang berkualiti, yang peka terhadap keperluan pesakit, berteknologi terkini dan sesuai, di berikan oleh personel yang terlatih , professional dan penyayang.

Misi

Beriltizam untuk menjadi pusat perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang cemerlang dengan memberi perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang menyeluruh dan komprehensif melalui sistem kesihatan yang cekap, berteknologi terkini serta mementingkan keperluan pelanggan.

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang komprehensif dan holistic kepada semua kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, rawatan pemulihan (kuratif) dan pemulihan (rehabilitasi), sehingga mencapai status kesihatan mulut yang baik dan bebas dari sebarang tanda dan gejala penyakit oral yang aktif (konsep orally-fit)

  2. Menyampaikan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan satu pasukan anggota yang terlatih serta professional

  3. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti Quality Assurance termasuklah aktiviti penyelidikan dan latihan berterusan

  4. Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan selamat dengan menggunapakai peralatan, bahan, teknik dan tekonologi berdaya tinggi dan terkini, mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan Kepakaran Pergigian Pediatrik

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan mengutamakan golongan kanak-kanak bermasalah kompromi perubatan dan keperluan khas, dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun yang mempunyai masalah pergigian. Rawatan utama yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Berfungsi sebagai pusat rawatan utama di Negeri Sembilan terutama bagi pengurusan kanak-kanak yang mempunyai masalah oral dan maksilofasial yang berumur 16 tahun ke bawah

  2. Pengurusan secara multi-disiplinari

  3. Perkhidmatan pembedahan elektif

  4. Perkhidmatan pembedahan DayCare

  5. Perkhidmatan Pembedahan Kecemasan

  6. Joint Clinic/ Combine Clinic

  7. Pengurusan kesihatan pergigian

  8. Pembedahan mulut pediatrik

  9. Patologi dan perubatan mulut

  10. Menjalankan penyiasatan patologi mulut termasuk pengambilan radiograf di dalam dan di luar mulut seperti panoramic sefalometrik lateral (sisi), PA tengkorak

  11. Bertindak sebagai pusat latihan amali dan memberi kursus kepada personel pergigian dalam latihan

  12. Berfungsi sebagai pusat kajian dan sumber teknikal

Direktorat Perkhidmatan Pembedahan & Kecemasan

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat