Jabatan Perubatan Kecemasan
Pengenalan
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan salah satu jabatan yang terpenting di sesebuah hospital. Ia bertindak sebagai barisan pertahanan sesebuah hospital dan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dalam memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan kepada pesakit-pesakit kritikal, semi kritikal dan pesakit tidak kritikal.
Visi
Jabatan Kecemasan berazam untuk menjadi pusat yang menawarkan khidmat kesihatan cemerlang dan bertaraf dunia dari segi perkhidmatan perawatan yang selamat, efektif, berkualiti serta mesra pelanggan.
Misi
Jabatan Kecemasan akan menjadi satu jabatan di dalam Hospital Tuanku Ja’afar yang memberi perkhidmatan rawatan kecemasan awal dengan cekap dan berkesan ke arah menyelamatkan nyawa pesakit secara moden, agresif dan lengkap, termasuk melakukan prosedur ‘interventional’ yang diperlukan bagi menstabilkan pesakit sebelum menerima rawatan lanjutan seperti perubatan atau ‘definitive treatment’.
Objektif Umum
Menyediakan perkhimatan perawatan perubatan kecemasan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada semua pelanggan.
Objektif Khusus
Memberikan perawatan kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke hospital
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi setiap fasa pengurusan kritikal bermula dari perkhidmatan pra hospital, perkhidmatan triage dan pengurusan pesakit di zon-zon khas iaitu Kritikal, Separa Kritikal danTidak Kritikal
Memastikan perawatan yang tepat ,efisyen, efektif melibatkan resusitasi, pengstabilan, diagnosis dan pelaksanaan prosedur menyelamatkan nyawa
Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit melalui pendekatan berkumpulan yang terdiri daripada Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat
Perkhidmatan
Jabatan Kecemasan dan Trauma menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan yang komprehensif seperti
Rawatan resuscitasi dan stabilisasi,
Perawatan definitive,
Perawatan Asma,
Perkhidmatan wad pemerhatian,
Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC),
Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MECC),
Perkhidmatan Ambulan.
Perkhidmatan ambulans, terbahagi kepada:
Perkhidmatan pra hospital (Pre Hospital Care) termasuk pengurusan bencana luar/wabak dan pasukan menunggu sedia VVIP
Perkhidmatan rujukan interfasiliti
Selain itu, jabatan ini juga membuat
penyaringan (Triage) termasuk kepada semua kes kes penyakit berjangkit,
menyediakan rawatan kecemasan untuk pesakit pediatrik (Paediatric Emergency Services and Purple Zone),
menyediakan perawatan dan pemerhatian di Wad Pemerhatian (Observation Ward),
mengendalikan prosedur-prosedur minor,
menyediakan perkhidmatan kepakaran dan konsultasi berkaitan kes-kes kecemasan
Latihan berkaitan perawatan kecemasan serta latihan pengurusan bencana.
Perkhidmatan ansilari
Pasukan “code blue”
‘Point of Care Testing’ (POCT)
Pasukan ACT (‘Advanced Clinical Transfer and Retrieval’)
HASTE (Hyperacute Stroke Fast Track in Emergency Department)
Rawatan pesakit luar selepas waktu pejabat