Jabatan Dermatologi
Pengenalan
Jabatan Dermatologi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah ditubuhkan semenjak tahun 1987. Jabatan Dermatologi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban merupakan pusat rujukan utama untuk memberikan perkhidmatan rawatan kulit di Negeri Sembilan. Jabatan ini memberikan khidmat kepakaran kepada lima buah hospital daerah di Negeri Sembilan (Port Dickson, Tampin, Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah) serta menjalankan klinik gabungan bersama pakar Rheumatologi dan pakar Kanak-kanak. Jabatan ini memberikan perkhidmatan menyeluruh untuk semua jenis penyakit kulit, penyakit kelamin dan penyakit Hansen. Jabatan ini memberikan rawatan penyakit kulit termasuk prosedur seperti biopsi, cautery, cryotherapy, patch test, suntikan steroid dan terapi laser. Rawatan penjagaan harian seperti fototerapi dan iontophorosis juga dijalankan. Latihan untuk pelajar perubatan, paramedik, pegawai perubatan dan pakar juga disediakan.
Visi
Sebagai pusat rujukan bagi seluruh Negeri Sembilan, Jabatan Dermatologi akan menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran Dermatologi yang berkualiti dan menggunakan teknologi yang sesuai serta berkesan.
Misi
Berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisma serta memberi perkhidmatan dengan penuh.
Bertanggungjawab dan berdedikasi ke arah menjamin hasrat rakyat menjadi masyarakat yang sihat dan maju tercapai.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan pencegahan kepada pesakit ke tahap mana dapat menentukan pesakit mendapatkan rawatan yang memuaskan serta mengurangkan kesengsaraan mereka.
Memberikan rawatan yang cekap dan bermutu tinggi kepada pesakit kulit am, penyakit kusta dan penyakit kelamin.
Memberi perkhidmatan diagnosis, rawatan, pemulihan dan menjaga kebajikan pesakit.
Menyediakan latihan pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan dan lepasan ijazah.
Perkhidmatan
Rawatan Pakar Pesakit luar
Rawatan Pakar Pesakit dalam
Klinik Pakar lawatan ke 5 hospital daerah (Port Dickson, Tampin, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah)
Sesi kaunseling kepada pesakit baharu dan lama tentang penggunaan ubat-ubatan.
Klinik Prosedur rawatan penyakit kulit
Rawatan Laser
Rawatan dan kawalan penyakit kusta
Rawatan dan kawalan penyakit venerologi (STD)
Klinik gabungan Rheumatologi
Klinik Pakar Dermatologi Pediatrik
Rawatan Fototerapi dan iontoporesis
Memberi latihan berterusan kepada pelajar perubatan, paramedik , pegawai perubatan dan pakar
Penyelidikan dan Penerbitan