Jabatan Nefrologi

Jabatan Nefrologi

Pengenalan

Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban merupakan pusat rujukan untuk disiplin Nefrologi Di Negeri Sembilan. Jabatan ini menerima rujukan dari jabatan-jabatan lain dalam Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan daripada hospital daerah, pengamal perubatan dari kawasan sekitar daerah seremban dan juga seluruh negara. Jabatan juga berkerja sama rapat dengan Jabatan/Unit Nefrologi yang lain dalam Kementerian Kesihatan.

Jabatan Nefrologi HTJ juga telah dilantik oleh Persatuan Nefrologi Antarabangsa sebagai pusat latihan Peritoneal Dialisis antarabangsa sejak tahun 2019.

Visi

Jabatan Nefrologi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban telah diwujudkan sebagai suatu pusat kecermelangan dalam pengurusan penjagaan pesakit kegagalan fungsi buah pinggang akut dan kronik. Kakitangan yang professional akan menjaga dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkesan dan efisien.

Visi

  1. Memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi di dalam penjagaan pesakit buah pinggang.

  2. Menjadi pusat latihan yang cemerlang bagi melatih Pakar, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai perubatan dan Jururawat di dalam bidang perawatan Nefrologi.

  3. Memastikan jabatan sentiasa mencapai tahap sasaran yang telah ditetapkan dari segi kualiti di peringkat nasional.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan diagnostik, kuratif, dialisis dan rehabilitatif yang tepat dan selesa kepada pesakit selaras dengan keperluan institusi kesihatan agar dapat meningkatkan status kesihatan umum.

Perkhidmatan

  1. Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis (HD) dan Continuous Ambulatory Dialysis (CAPD) bagi pesakit kegagalan ginjal kekal.

  2. Memberi perkhidmatan rawatan dialisis Continuous Renal Replacement Therapy (CRRT) dan Slow Low Efficiency Dialysis (SLED) bagi kes-kes kritikal di unit Rawatan Rapi (ICU,CCU dan HDW).

  3. Menjalankan Klinik Pakar Nefrologi bagi kes Nefrologi Awam (Kes Ulangan dan rujukan baru), Transplant serta Dialisis Kronik.

  4. Melakukan rondaan wad (Ward Round) bagi kes nefrologi di unit rawatan rapi (ICU,CCU dan HDW), wad perubatan dan wad rujukan.

  5. Melakukan prosidur khas seperti:

    • Renal Biopsi

    • Non-Cuffed Catheter Insertion

    • Cuffed Catheter Insertion

    • Pembedahan Peritoneoscope Peritoneal Dialysis (PD) Catheter Insertion

    • Shaving and Exteriorization of Peritoneal Dialysis (PD) Catheter Cuff”

    • Body Composition Monitoring (BCM)

    • Transonic Vascular Access Monitoring

    • Melakukan Renal Donor & Recipient Work-Up bagi penderma berpotensi untuk penerima ginjal dewasa dan pediatrik.

Direktorat Perkhidmatan Perubatan & Psikiatri

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat