Jabatan Perubatan Am

Jabatan Perubatan Am

Pengenalan

Jabatan Perubatan Am merupakan jabatan terbesar di Hospital Tuanku Ja’afar. Jabatan Perubatan Am merupakan jabatan berpakar ‘major’ yang juga berperanan sebagai pusat rujukan tertiari untuk Negeri Sembilan.

Jabatan Perubatan mempunyai bilangan katil sebanyak 307 buah. Hampir 85% kemasukan dari Jabatan Perubatan Kecemasan adalah ke Jabatan Perubatan. Kadar penggunaan katil adalah melebihi 90%. Adakalanya ia mencapai 100%.Purata seorang pesakit tinggal di wad adalah 3-5 hari.

Jabatan Perubatan Am terlibat dengan pengumpulan data ‘Casemix’. Jabatan ini juga terlibat dalam projek hospital kluster bersama ‘non-lead hospitals’ iaitu Hospital Jelebu, Rembau dan Port Dickson. Projek ‘Lean Healthcare’ juga telah dimulakan dan diteruskan dengan penambahbaikan berterusan.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti, melaksanakan promosi kesihatan, memperkasakan pembelajaran dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, cekap dan penyayang serta hormat kepada kemuliaan insan.

Misi

Memberi perkhidmatan kesihatan terbaik dan terkini daripada aspek promosi pencegahan dan penyembuhan kepada pesakit serta mengamalkan taraf kesihatan optimum dengan mencegah komplikasi penyakit-penyakit untuk membolehkan pesakit hidup dalam keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik serta sempurna.

Objektif

  1. Memastikan pengamalan perubatan dalaman berada pada tahap tertinggi setiap masa.

  2. Sebagai pusat latihan serta pendidikan ijazah lanjutan yang cemerlang di bidang perubatan.

  3. Menjadi pusat rujukan tertinggi yang mampu memberi perkhidmatan kepakaran sepenuhnya.

  4. Diiktiraf sebagai pusat pengajian perubatan yang cemerlang.

  5. Memupuk budaya korporat dengan menitikberatkan budaya penyayang, kerja berpasukan dan berperikemanusiaan di kalangan pengamal perubatan.

  6. Memberi rawatan dengan menumpukan perhatian kepada pesakit secara keseluruhan, menitikberatkan kesihatan serta penjagaan diri sendiri.

Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan pesakit dalam

  2. Perkhidmatan pesakit luar

  3. Perkhidmatan lawatan pakar (pakar perubatan dalaman dan subkepakaran)

  4. Perkhidmatan makmal ujian khas - Kardiologi, neurologi dan respiratory)

  5. Unit Rawatan harian

  6. Kaunseling dan pendidikan pesakit seperti ‘Diabetic Resource Centre (DRC)’

  7. Antimicrobial stewardship (AMS)

Unit Paliatif

Perubatan Paliatif adalah satu cabang Perubatan Dalaman yang menyokong pesakit dan keluarga dengan penyakit mengancam nyawa seperti kanser, kegagalan organ atau penyakit neurologi seperti motor neuron disease. Contoh kegagalan organ kronik seperti buah pinggang, jantung, paru-paru. Sokongan Perubatan diberi secara holistik merangkumi aspek fizikal, sosial, rohani, spiritual dan emosi. Perubatan paliatif juga adalah untuk pesakit pediatrik. 

Unit Perubatan Paliatif HTJS dimulakan pada tahun 2020, sewaktu wabak Covid baru melanda negara. Perkhidmatan dimulakan dengan menyokong pesakit Covid dengan gejala seperti sesak nafas, kelesuan dan juga ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang melalui Klinik “Grief and Bereavement”. 

Pada waktu ini pesakit paliatif dirujuk dari pelbagai disiplin Perubatan seperti Gyneonkologi, Pembedahan, Perubatan secara pesakit dalam dan luar. Pesakit disokong dengan gejala mereka dan diberi panduan supaya tahap keselesaan ditingkatkan dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan. 

Berikut adalah waktu operasi Klinik-Klinik Paliatif di Negeri Sembilan : 

  1. Klinik Paliatif HTJS di Bangunan Rehabilitasi Geriatrik (Waze)
    06-7684657
    Selasa pertama dan ketiga 8 am – 1 pm 
    Khamis Kedua dan keempat 8 am – 1 pm 

  2. Klinik Paliatif HTAN
    Klinik Pakar Perubatan HTAN
    Rabu pertama 8 am – 1 pm 

  3. Klinik Paliatif HPD
    Klinik Pakar Perubatan 2 HPD
    Isnin kedua 2 pm – 5 pm 

  4. Klinik Paliatif Pediatrik HTJS 
    Hari Jumaat keempat 
    Klinik Pediatrik 
    8 am – 1 pm 

  5. Klinik Paliatif Buah Pinggang HTJS
    Hari Rabu pertama dan ke tiga 
    Klinik Nefrologi 
    8 am – 1 pm 

Rawatan paliatif di rumah dijalankan oleh Klinik Kesihatan (KK) Dormisiliari Paliatif dan Pertubuhan Hospis Negeri Sembilan (NGO).

KK Dormisiliari Paliatif yang terlibat dengan lawatan ke rumah ialah: 

  1. KK Titi

  2. KK Bahau

  3. KK Palong 

  4. KK Jempol

  5. KK Kuala Pilah

  6. KK Johol

  7. KK Port Dickson 

  8. KK Rembau

  9. KK Pedas

  10. KK Mantin

  11. KK Nilai 

  12. KK Ampangan

  13. KK Senawang 

  14. KK Rantau 

  15. KK Tampin

  16. KK Seremban

  17. KK Seremban 2 

  18. KK Tampin

Informasi lanjut mengenai Pertubuhan Hospis Negeri Sembilan boleh dilayari di laman https://www.phns.org.my

Rujukan ke NGO ini boleh dibuat oleh mana mana doktor yang merawat pada laman tersebut. 

Penjagaan seseorang yang tenat adalah mencabar dan memerlukan informasi yang tepat. 

Sumber rujukan telah disediakan pada link berikut:

Direktorat Perkhidmatan Perubatan & Psikiatri

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat