Jabatan Dietetik & Sajian

Jabatan Dietetik & Sajian

Pengenalan

Jabatan ini merupakan salah satu jabatan di bawah perkhidmatan sokongan klinikal. Ianya terbahagi kepada dua unit iaitu dietetik klinikal dan perkhidmatan sajian makanan. Dietetik klinikal bertanggungjawab memberikan terapi pemakanan perubatan kepada pesakit sementara perkhidmatan sajian makanan pula bertanggungjawab menyediakan makanan yang bersih, selamat dan halal kepada pesakit mengikut jenis diet dan keperluan yang ditetapkan. Fungsi utama jabatan ini adalah menyediakan makanan secara normal diet dan terapeutik diet serta membekalkan enteral produk mengikut keperluan pesakit di dalam wad, pesakit hemodialysis, unit rawatan harian, doktor yang bertugas atas panggilan, pegawai perubatan dan paramedik di dewan bedah, tabung darah, Mother Accompany Child (MAC) dan bekalan makanan kering (Dry ration) ke wad / unit yang tertentu.

Beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.30 petang. Penghidangan secara pukal bagi pesakit diet normal dan sistem penghidangan secara individu bagi pesakit diet terapeutik. Menyediakan makanan sebanyak 4 kali hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Pesanan diet dari wad adalah melalui Sistem SPP (Sistem Pengurusan Pesakit).

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan penyediaan makanan, dietetik klinikal dan aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan secara profesional yang mengutamakan pelanggan.

Misi

Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk;

  1. Menyediakan perkhidmatan dietetik dan sajian makanan yang tepat, cekap dan berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini.

  2. Meningkatkan kesedaran kepada pesakit dan orang awam tentang kepentingan perkhidmatan makanan yang berkualiti di dalam proses membantu penyembuhan penyakit kepada tahap yang maksima melalui:

    • Pengambilan diet yang seimbang

    • Diet teraputik yang bersesuaian

Objektif Umum

  1. Menyediakan makanan yang seimbang, selamat dan berkualiti kepada pesakit dan anggota yang berkelayakan.

  2. Memberi perkhidmatan medical nutrition therapy dengan melaksanakan nutrition care process serta promosi kesihatan untuk meningkatkan status pemakanan pesakit.

  3. Memastikan pesakit mendapat diet mengikut kesesuaian jenis penyakit.

Objektif Khusus
  1. Memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan kepada semua pesakit dalam mengikut pesanan berdasarkan kelas pesakit.

  2. Membekalkan makanan kepada anggota hospital yang layak mengikut pekeliling dan arahan perbendaharaan kewangan yang berkenaan.

  3. Memberi perkhidmatan Klinikal Dietetik dengan melaksanakan medical nutrition therapy bagi pesakit yang diberi pemakanan secara oral atau pesakit dengan sokongan pemakanan bagi mencapai status pemakanan yang optima.

  4. Membantu dalam memberi latihan praktikal katering dan dietetik klinikal kepada pelatih dari Institut Pengajian Tinggi.

  5. Menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / komuniti dan perkhidmatan sajian mengikut keperluan bagi peningkatan mutu perkhidmatan

Perkhidmatan Unit Dietetik

Melaksanakan perkhidmatan dietetik klinikal dan memastikan semua urusan dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan dietetik mematuhi arahan perkhidmatan awam, peraturan dan polisi, akta-akta, garis panduan dan arahan kerja yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

1. Dietetik Klinikal
  1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Terapi Pemakanan Perubatan dengan melaksanakan nutrition care process seperti nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention, nutrition monitoringand evaluation dan mendokumentasikan maklumat rawatan bagi pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh doktor.

  2. Memberi perkhidmatan dietetik klinikal selaras dengan perkembangan rawatan terkini.

  3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan bagi kelas pendidikan pesakit.

  4. Menjadi pakar rujuk dalam bidang pemakanan dan klinikal dietetik.

  5. Melaksanakan praktik dietetik secara evidence-based dengan merujuk kepada Clinical Practice Guidelines dan Medical Nutrition Therapy Guidelines yang berkaitan.

  6. Memberi khidmat rawatan susulan bagi kes-kes yang memerlukan.

  7. Merekod dan memasukkan data ke dalam sistem maklumat pesakit dan menyimpan cencus yang berkaitan.

  8. Menyediakan risalah diet dan bahan dan bahan pendidikan pesakit.

2. Dietetik Komuniti
  1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Terapi Pemakanan Perubatan dengan melaksanakan nutrition care process seperti nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention, nutrition monitoring and evaluation.

  2. Mendokumentasikan maklumat rawatan bagi pesakit luar yang dirujuk oleh doktor di klinik kesihatan yang telah ditetapkan.

  3. Memberi bantuan khidmat konsultasi diet, pengurusan penyediaan diet normal atau diet terapeutik kepada institusi atau organisasi kerajaan, bukan kerajaan, kebajikan dan lain-lain.

  4. Memberi pendidikan atau maklumat berkaitan pemakanan dan dietetik kepada organisasi lain yang memerlukan.

3. Diet Terapeutik
  1. Menjadi pakar rujuk bagi aspek kandungan nutrien dalam perancangan dan semakan menu pesakit.

  2. Menyemak resepi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet pesakit.

  3. Melaksanakan pengiraan kandungan tenaga dan nutrien dalam diet-diet yang disediakan bagi memastikan ia mematuhi keperluan diet pesakit.

  4. Menyediakan anggaran penggunaan produk enteral dan formula bayi untuk tujuan anggaran perbelanjaan jabatan.

  5. Membuat permohonan pesanan produk enteral dan formula bayi.

  6. Mengesahkan pesanan produk enteral untuk kegunaan pesakit di wad dan memastikan produk yang dibekalkan adalah mengikut preskripsi.

  7. Membuat audit persediaan dan pengagihan produk enteral dan formula bayi di wad.

  8. Menjalankan pemantauan stok produk enteral dan formula bayi di stor jabatan.

  9. Menjalankan pemantauan terhadap penggunaan dan penyediaan produk enteral oleh anggota wad secara berkala.

Perkhidmatan Unit Sajian

Membekalkan dan menyediakan makanan yang bersih, selamat dan sihat mengikut keperluan pesakit yang telah mendapat nasihat perubatan pemakanan dari pegawai dietetik. Perkhidmatan sajian juga menyediakan makanan kepada pesakit hemodialisis, unit rawatan harian, doktor yang bertugas atas panggilan, pegawai perubatan dan paramedik di dewan bedah, tabung darah, Mother Accompany child (MAC) dan bekalan makanan kering (dry ration) ke wad / unit yang tertentu. Bekalan bahan mentah basah kering adalah daripada pembekal yang terpilih secara tender.

1. Perkhidmatan Sajian
  1. OPERASI

    • Pengurusan pesanan dan penerimaan pesanan diet dari wad melalui system SPP

    • Pesanan, penerimaan dan pemeriksaan stok bahan mentah basah kering, produk enteral dan sebagainya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    • Menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada pesakit secara centralized plating bagi diet pesakit terapeutik dan pukal bagi pesakit normal diet.

    • Menyediakan normal diet kepada Doktor On Call, Pegawai Perubatan Di Dewan Bedah, Medical Emergency Coordinating Centre (MECC) dan Mother Accompanying Child (MAC) bergantung kepada Pekeliling Kewangan.

    • Menyediakan dry ration / snack kepada pesakit pusat rawatan harian, isolation room dan pesakit hemodialisis.

    • Menyediakan menu berasingan untuk pesakit Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3, menu anak dan menu maternity.

    • Menyediakan diet khas (special feeding) atau diet yang dicadangkan oleh dietitian.

    • Menyediakan makanan mengikut menu piawai dan sop yang telah ditetapkan selaras dengan pematuhan pertaturan GMP dan Halal.

    • Menyediakan bekalan ration kepada Unit Tabung Darah.

    • Menyediakan diet kepada bilik gerakan, anggota yang terlibat dalam kawalan bencana / penyakit mengikut seperti yang diarahkan.

    • Menyediakan perancangan menu berdasarkan resepi piawai.

  2. PEROLEHAN

    • Membuat pembelian bahan mentah basah kering, produk enteral, bahan pakai buang, gas memasak dan peralatan yang diperlukan mengikut tatacara kewangan dan perolehan.

  3. PENYIMPANAN DAN PENGURUSAN STOR

    • Pengurusan penerimaan, pengeluaran, penyimpanan, kebersihan dan keselamatan stor serta kawalan stok di laksanakan dengan mengikut tatacara pengurusan stor.

  4. SUMBER MANUSIA

    1. Menguruskan jadual tugas, cuti dan sebagai nya yang berkaitan untuk anggota.

  5. PENGURUSAN ASET

    • Pengurusan aset dari segi pembelian, penerimaan, T&C, pelupusan, aduan kerosakan dan Preventive Plan Maintenance (PPM ) dijalankan mengikut jadual.

  6. PERLAKSANAAN LATIHAN

    • Merancang latihan serta melaksanakan latihan kepada anggota jabatan mengenai skop perkhidmatan sajian samada latihan dalaman atau latihan luaran

    • Melibatkan diri dalam sesi pendidikan berterusan sajian bagi pembangunan kendiri dan pengetahuan.

    • Memberikan latihan kepada anggota secara praktikal.

    • Memberikan latihan kepada pelajar praktikal.

  7. PELAKSANAAN AKTIVITI KUALITI

    • Melaksanakan audit ketepatan diet teraputik dan kajian kepuasan pelanggan di wad.

    • Menjalankan penambahbaik dalam kualiti perkhidmatan sajian.

    • Mengawal kontaminasi makanan dari berlaku.

2. Pengurusan Penghidangan dan Pengagihan Diet Pesakit
  1. Membekalkan juga makanan kepada doktor yang bertugas atas panggilan, pegawai perubatan dan paramedik di dewan bedah mengikut jadual tugas yang diberikan.

  2. Setiap pesakit mendapat 4 hidangan sehari; sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam

 

Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO2023