Jabatan Perubatan Transfusi

Jabatan Perubatan Transfusi

Pengenalan

Jabatan Perubatan Transfusi merupakan salah satu jabatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). Jabatan ini yang dahulunya merupakan unit di bawah Jabatan Patologi telah dinaiktaraf kepada jabatan bermula 1 Januari 2022. Jabatan ini telah dibahagikan kepada dua bahagian perkhidmatan iaitu Pusat Derma Darah dan Makmal Perubatan Transfusi. Ini adalah bagi memastikan perkhidmatan Perubatan Transfusi yang diberikan adalah menyeluruh, cepat dan berkualiti.

Jabatan Perubatan Transfusi sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Perubatan Transfusi.

Jabatan Perubatan Transfusi sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan, berhemah, professional yang didokong dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama di antara institusi lain sama ada dalam dan luar negara bagi menjalankan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan penderma darah, pesakit dan individu di dalam penjagaan kesihatan.

Visi

Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Perubatan Transfusi.

Misi

Jabatan Perubatan Transfusi HTJS sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan, berhemah, profesional yang didokong dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama di antara institusi lain sama ada dalam dan luar negara bagi menjalankan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan penderma darah, pesakit dan individu di dalam penjagaan kesihatan.

Objektif

  1. Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat.

  2. Membekalkan darah dan komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui amalan prosedur standard serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa.

  3. Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai

  4. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi terkini dalam bidang Perubatan Transfusi terkini.

Perkhidmatan

  1. Pusat Perkhidmatan pendermaan darah statik dan bergerak

  2. Perkhidmatan klinik penderma darah reaktif

  3. Perkhidmatan suntikan imunisasi Hepatitis B kepada penderma darah yang layak

  4. Membekal darah & komponen darah yang berkualiti dan selamat kepada pesakit

  5. Menjalankan ujian-ujian immunnohematologi

  6. Menjadi pusat rujukan perubatan transfusi bagi Negeri Sembilan

Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat