Unit CSSU
Pengenalan
Unit Perkhidmatan Bahan Steril atau ‘Central Sterile Services Unit (CSSU) adalah satu unit di dalam hospital bagi menyediakan perkhidmatan pensterilan dan bekalan bahan-bahan serta peralatan steril kepada Dewan Bedah, wad-wad, klinik –klinik, Day-care, Jabatan Heamodialisis, Jabatan Imaging, Jabatan Farmasi, Jabatan Kecemasan dan Jabatan Onkologi dan klinik-klinik kesihatan sekitar daerah Seremban. HTJS mempunyai 2 unit CSSU di mana, CSSU I terletak di tingkat 2 Bangunan Induk manakala CSSU II terletak di Bangunan Wanita dan Kanak-kanak.
Visi
Amalkan amalan kualiti menyeluruh untuk mengekalkan steriliti dalam penjagaan kesihatan menerusi teknologi terkini.
Misi
Memberi sokongan dan perkhidmatan sewajarnya kepada paramedik mengikut matlamat dan objektif jabatan.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan efektif serta memastikan langkah yang berkesan dalam mengawal infeksi.
Menyediakan bekalan yang standard dan alat steril yang terjamin.
Menggariskan aktiviti diantara dewan bedah, klinik kesihatan dan pesakit luar
Merancang kecemerlangan dengan menganalisa produk, kaedah penyediaan produk dan keperluan latihan bagi kakitangan.
Perkhidmatan
Unit berfungsi dari shift pagi dan petang termasuk waktu pejabat.
CSSU II - Perkhidmatan yang disediakan adalah sistem kaunter dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang serta tugas atas panggilan beroperasi selama 7 hari seminggu termasuk hari-hari kelepasan am.
CSSU I - Perkhidmatan yang disediakan mengikut syif dari jam 7.00 pagi sehingga 2.00 petang dan 2.00 petang hingga 9.00 malam serta tugas atas panggilan beroperasi selama 7 hari seminggu termasuk hari-hari kelepasan am.
Set-set Dewan Bedah akan diambil oleh Dewan Bedah sekurang kurangnya 4 kali sehari. Jika terdapat set-set yang diperlukan segera, Dewan Bedah akan menelefon Unit CSSU terlebih dahulu.
Pembekalan set-set / bahan-bahan steril ke wad-wad hanya dua kali sehari iaitu mulai jam 8.00 pagi hinnga 10.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang Set-set diberi mengikut jumlah yang digunakan mengikut ‘floor stock’ manakala bahan soft goods dan linen mengikut permintaan yang dipohon melalui sistem CENSSIS.
Bagi set-set steril untuk Dewan Bedah pula akan diberi mengikut stock yang ada / permintaan. Kebanyakkan set untuk Dewan Bedah akan di simpan di Dewan Bedah selepas disucihama.
Semua permintaan dilakukan melalui sistem CENSSIS termasuk juga penggunaan sets / item / soft good yang segera, unit pengguna perlu menelefon CSSU terlebih dahulu.
Menyediakan kemudahan pensterilan bagi hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.
Menerima staf-staf yang ingin menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan mesin pendandang atau prosedur yang dijalankan di CSSU.
Bermula pada 12/10/2020 sistem CenSSIS (Central Sterile Supply Services Information System) telah diperkenalkan di CSSU dan merupakan Pilot project KKM di HTJS. Semua proses kerja di CSSU, wad, unit, klinik dan dewan bedah telah menggunakan sistem ini.