Unit Psikologi Kaunseling
Pengenalan
Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan menggunakan beberapa pendekatan termasuklah perkembangan personnel, pembangunan, pencegahan, pemulihan dan pengurusan krisis.
Secara amnya, khidmat psikologi dan kaunseling dilihat sangat penting dalam memacu negara ke arah sebuah negara berdaya saing dari segi tenaga manusia yang menekankan kepentingan pembangunan minda kelas pertama di Malaysia merangkumi kesejahteraan rakyat seluruhnya.
Kaunseling adalah satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut Kod Etika Kaunselor untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
Unit Psikologi dan Kaunseling hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan yang akan meningkatkat tahap kesejahteraan mereka. Sebagai klien bagi unit ini, setiap klien adalah berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang bermutu melalui:
Setiap klien akan dilayan dengan rasa hormat dan profesional yang meletakkan kepentingan dan kesejahteraan klien sebagai perkara utama;
Interaksi kaunselor dan klien akan dijalankan dengan penuh kerahsiaan dan akan dibina kearah satu hubungan yang berlandaskan kepercayaan;
Unit ini akan berusaha secara usaha sama bagi mengenalpasti aspek kehidupan yang menjadi masalah klien ;
Selepas sesi yang pertama, setiap klien akan diberikan makluman mengenai bilangan sessi perkhidmatan yang diperlukan bagi memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi klien dan
Setiap klien akan diberikan nasihat berkaitan dengan pengharapan klien diakhir kerjasama kaunselor dan klien.
Visi
Unit Psikologi dan Kaunseling akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan dalam meningkatkan kesihatan emosi insan melalui perkhidmatan kaunseling professional.
Misi
Unit Psikologi dan Kaunseling memainkan peranan dan melaksanakan:
Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang professional dan berkualiti
Memberi penekanan kepada perkhidmatan kaunseling yang memenuhi amalan kriteria-kriteria berikut:
Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
Sifat menghormati maruah insan
Penglibatan masyarakat
Objektif Perkhidmatan
Membantu mengembalikan kestabilan emosi, mental, spiritual dan psikologikal klien melalui perkhidmatan intervensi psikologi
Menjalankan ujian-ujian psikologi yang berkaitan bagi membuat diagnosis masalah psikologi klien
Membantu meningkatkan kebolehan kognitif, afektif dan psiko-motor
Membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran psiko-sosial klien
Membantu meningkatkan perubahan tingkah laku, kognitif dan afektif klien
Menggalakkan celik akal dalam kalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang waras dan efektif bagi menyelesaikan konflik dan isu yang membelenggu kehidupan klien
Membantu pasukan perubatan dalam menangani masalah klien secara empati dan profesional demi kesejahteraan klien
Membantu mempromosikan kesihatan mental dalam kalangan rakyat setempat melalui psiko-pendidikan
Objektif Kualiti
90% perkhidmatan rawatan intervensi kaunseling dan psikologi bagi kes yang tidak segera dalam tempoh 5 hari setelah rujukan diterima
Perkhidmatan
i. Perkhidmatan diberikan pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dan waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang).
ii. Skop utama perkhidmatan Unit Psikologi Kaunseling berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil 18 Tahun 2005 iaitu:
Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi empat (4) aspek:
pertumbuhan dan perkembangan
pencegahan
intervensi
pemulihan
Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok
Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya
Menjadi pengantara sebelum merujuk klien kepada pihak psikiatrik
Menyimpan semua fail, rekod, sesi kaunseling untuk tujuan tindakan susulan (follow-up) dan statistik
Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik
Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit
Mengambil maklumat dan data anggota-anggota yang bermasalah
Bertanggungjawab melaporkan kepada Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan
Bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya 6 bulan sekali kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA
Mengkaji/merancang cadangan tatatindak penubuhan unit kaunseling di kementerian/jabatan
iii. Bagi menjalankan empat (4) aspek utama perkhidmatan psikologi dan kaunseling di hospital-hospital kerajaan, secara spesifiknya jenis perkhidmatan psikologi kaunseling adalah sebagaimana berikut, tetapi tidak terhad kepada:
Sokongan Klinikal
Intervensi Trauma dan Krisis
Pergolakan rumah tangga
Pergolakan perkahwinan dan penceraian (kaunseling perkahwinan)
Keganasan rumah tangga
Penderaan/ penganiayaan kanak-kanak (SCAN)
Ibu tanpa nikah
Penderma dan keluarga penderma organ
HIV/ AIDS untuk pesakit dan keluarga
Pergolakan keluarga (kaunseling keluarga)
Perkembangan kanak-kanak (kaunseling kanak-kanak)
Perkembangan remaja (kaunseling remaja)
Penyesuaian ke arah warga emas (kaunseling geriatric)
Cubaan bunuh diri
Rogol
Penyakit kronik/ melarat/ sakit tenat.
Kemurungan dan kebimbangan
Rehabilitasi penyakit psikiatri
Pra dan pos pembedahan
Ketagihan gam/ rokok/ alkohol/ dadah
Kemurungan atau keresahan disebabkan perubahan kesihatan
Ujian Inventori Psikologi dan analisis
Kaunseling Klinik Terapi Gantian Metadon
Penjagaan Paliatif
Koklea Implan
Grief and bereavement therapy
Bukan Klinikal
Lawatan ke rumah (Home Visit)
Program Rawatan dan Bimbingan (Psychoeducation) kepada orang awam dan kakitangan
Mental Health Psychosocial Support (MHPSS) – kepada kakitangan hospital
Memberi ceramah berkenaan kesihatan mental, pendedahan kepada kaunseling, CME/CNE dan psiko-pendidikan kepada orang awam dan kakitangan
Aktiviti kemasyarakatan dan setempat (Psikososial)
Memberi khidmat rundingan dan konsultasi
Menghadiri bengkel, seminar, kursus, conference, mesyuarat
Menjalankan penyelidikan berkaitan perkhidmatan dan perkembangan profesion
Program pembangunan dan perkembangan sahsiah
Promosi perkhidmatan kaunseling/ psikologi
Penerbitan buletin
Intervensi Pendidikan Sosial
Rawatan susulan dan rehabilitasi
Segala jenis dokumentasi, statistik kes, laporan sesi dan penyediaan laporan bulanan melalui sistem Kes Management System (KMS)
Pengurusan dan Pentadbiran
iv. Menjalankan intervensi psikologi dan kaunseling kepada kes-kes rujukan sebagai pesakit luar daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma seperti kes-kes yang melibatkan keganasan rumah tangga, rogol, liwat, penderaan dan pengabaian kanak-kanak (One Stop Crisis Centre) sebagaimana buku Panduan dan Polisi OSCC Kementerian Kesihatan Malaysia dan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 12 Tahun 1988: Pengendalian Mangsa-Mangsa Rogol
v. Menjalankan intervensi psikologi dan kaunseling kepada kakitangan dalaman dan kakitangan jabatan lain (seperti Pejabat Kesihatan Kuala Pilah, Klinik-Klinik Kesihatan dalam daerah Kuala Pilah dan pelbagai agensi lain) yang bermasalah mengikut:
Masalah Keterhutangan Kewangan Serius
Surat Edaran JPA (S) TT 7082 Jld.6/ (35) 28 Disember 2005
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil 2 Tahun 2007: Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius
Masalah Gangguan Seksual
Pekeliling Perkhidmatan Bil 22 Tahun 2005: Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam
Masalah-masalah disiplin dan tatatertib
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1998: Garis Panduan Menguruskan Pegawai Beprestasi Rendah dan Pegawai Yang Bermasalah
Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
vi. Intervensi bersama pesakit atau waris dan kakitangan hospital bagi kes-kes aduan ketidakcekapan kakitangan