Jabatan Pediatrik

Jabatan Pediatrik

Pengenalan

Jabatan Pediatrik berperanan sebagai pusat rujukan bagi hospital-hospital daerah, pusat-pusat kesihatan dan pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan serta hospital-hospital lain dan Klinik-klinik yang berdekatan.

Pada tahun 2014, Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban telah dibuka dan keseluruhan perkhidmatan pesakit dalam Pediatrik telah berpindah ke blok berkenaan. Kini blok wanita dan kanak-kanak telah berfungsi dengan sepenuhnya dan menerima rujukan dari hospital bukan sahaja di Negeri Sembilan, malah dari negeri Selangor, Melaka dan pesakit negeri lain yang memerlukan perkhidmatan sub kepakaran seperti Nefrologi.

Perkhidmatan Pediatrik terdiri daripada rawatan untuk pesakit dalam, rawatan untuk pesakit luar serta rawatan harian (ACC) .

Visi

Visi Jabatan Pediatrik, Hospital Tuanku Ja’afar yang sememangnya terunggul kini berwawasan untuk meningkatkan lagi mutu khidmat kami daripada segi perawatan sempurna,kecanggihan peralatan dan tenaga kerja terlatih yang bersikap professional dan penyayang. Jabatan ini akan menjadi sebuah jabatan di mana latihan perawatan disebarkan kepada semua anggota-anggota perawatan kanak-kanak.

Misi

Menggalakkan kesemua tenaga kerja Jabatan Pediatrik agar setiap anggota mempunyai dorongan positif dan beriktibar untuk memajukan kerjaya mereka serta memampatkan pengetahuan mengikut perkembangan semasa. Nilai-nilai professional serta sifat penyayang sentiasa di semaikan di kalangan tenaga kerja jabatan ini.Penggunaan teknologi terkini serta peralatan moden untuk meningkatkan tahap perawatan pesakit kami selalu dititikberatkan.

Objektif

  1. Memberikan perawatan optima kepada semua pesakit kami di dalam hospital dengan menggunakan kesemua tenaga kerja yang sedia ada di dalam Jabatan Pediatik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

  2. Meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak di Negeri Sembilan dengan menjadi pusat rujukan hospital daerah atau klinik kesihatan lain serta menjadi sebuah pusat latihan melatih anggota-anggota kesihatan tatacara perawatan kanak-kanak untuk Pegawai Perubatan Siswazah.

  3. Menjadikan pusat latihan untuk Sub Kepakaran, Pelajar Perubatan serta Jururawat pelatih.

  4. Memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarganya bagi meningkatkan pengetahuan kesihatan kanak kanak dan keluarga mereka di Negeri Sembilan.

  5. Mengamalkan Polisi Penyusuan Ibu dan memelihara status Hospital Rakan Bayi.

Perkhidmatan

Merangkumi rawatan pesakit dalam, pesakit luar dan rawatan harian (ACC) 1.

 

1. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  1. Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU) dan Unit Khas Nurseri (SCN)

    • Memberi perawatan dan penjagaan kepada bayi yang baru lahir yang bermasalah sehingga berusia 28 hari iaitu kes-kes in-born dan out-born

    • Memberi penjagaan yang intensif untuk bayi yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator)

    • Mengamalkan konsep Hospital Rakan Bayi

    • Perawatan bayi di unit ini dikategorikan kepada 3 :

      1. Level 1 - Basic neonatal care and recovery phase/mother accompanying child (SCN)

      2. Level 2 - High dependency care

      3. Level 3 - Intensive and ventilator care

  2. Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU)

    • Unit ini memberi perkhidmatan rawatan intensif kepada kanak-kanak berumur dari 29 hari hingga 12 tahun.

    • Rawatan intensif ini merangkumi ventilasi mekanikal sama ada invasive ataupun non invasive dan juga kes-kes yang memerlukan pemerhatian rapi. Buat masa ini unit ini hanya menerima kes-kes perubatan.

    • Kes-kes pembedahan hanya akan diterima sekiranya ada kekosongan dan berdasarkan case to case basis.

    • Unit ini juga menerima kes selepas pembedahan dari unit pembedahan dan ENT.

  3. Wad Melor 2A dan 2B

    • Perkhidmatan di wad pediatrik adalah untuk pesakit yang berumur sebulan hingga 12 tahun. Ia merangkumi pesakit pediatrik perubatan yang memerlukan jagaan untuk tujuan pengubatan, penyiasatan atau perlu menjalani prosedur-prosedur tertentu di bawah pemerhatian Pakar Pediatrik dan Pegawai Perubatan Pediatrik.

    • Setiap wad menyediakan 34 buah katil iaitu 6 untuk rawatan akut, 4 isolasi dan selebihnya 24 katil untuk pesakit sub-akut

 

2. Rawatan pesakit luar
  1. Perkhidmatan Klinik Pakar dan Subkepakaran Pediatrik

    • Klinik Pakar Pediatrik Perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar Pediatrik telah menyediakan jadual operasi klinik setiap hari. Klinik pesakit luar ini menerima kes-kes rujukan baru dan ulangan yang merangkumi pelbagai disiplin dari Hospital Daerah dan Klinik Kesihatan.

    • Setiap kes akan dilihat oleh Pakar Pediatrik atau Pegawai Perubatan Pediatrik yang terlatih.

    • Klinik Sub-kepakaran Pediatrik adalah Klinik Penyakit Berjangkit, Nefrologi, Neonatal ,Neurologi dan Dermatologi.

    • Klinik Lawatan Sub kepakaran Pediatrik termasuk Psikiatrik dan Respiratori.

  2. Klinik Pakar Pediatrik di Hospital Daerah

    • Pakar Pediatrik dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban melakukan lawatan ke hospital daerah iaitu Hospital Jelebu.Lawatan ke Hospital Jelebu dan Hospital Rembau dilakukan 2 kali sebulan.

    • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di hospital tersebut meliputi rawatan klinik pesakit luar, rondaan wad, “Resuscitation Programme” (MPLS,NRP, BLS) dan sesi mengajar Pegawai Perubatan,Jururawat dan Pelajar Perubatan .

  3. Klinik Subkepakaran di Hospital-hospital lain

    • Pakar Pediatrik Nefrologi melakukan lawatan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sementara Pakar Perunding Nefrologi melakukan lawatan ke Hospital Melaka selang setiap dua bulan.

    • Lawatan ID Klinik ke HSAJB setiap 3 bulan sekal.

    • Lawatan Dermatologi

    • Lawatan Neurologi

     

3. Perkhidmatan Pusat Rawatan Harian (ACC)

Pusat ini memulakan operasinya pada 2 April 2012. Pesakit yang menerima perkhidmatan dari Pusat Rawatan Harian adalah:

  1. Pesakit Thalassaemia yang memerlukan transfusi darah.

  2. Pesakit onkologi untuk pemeriksaan darah dan memastikan pattern saluran darah sentral berfungsi baik.

  3. Pesakit hemophilia .

  4. Bayi-bayi jaundis untuk rawatan fototerapi

  5. Pesakit yang memerlukan bius semasa menjalani prosedur radiologi dan audiologi.

  6. Menerima rujukan dari jabatan-jabatan lain terutamanya dari Jabatan Pembedahan dan ENT untuk menyediakan pesakit untuk prosedur MRI/CTscan, prosedur pengambilan spesimen darah ,air kencing dan lain-lain.

  7. Vaksin

Direktorat Perkhidmatan Wanita & Kanak-Kanak

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO2023