Jabatan Rekod Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan bukan klinikal di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban memainkan peranan penting dalam menguruskan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan hospital.

Visi

Jabatan Rekod Perubatan akan menjadi pusat khidmat yang melaporkan semua aktiviti rawatan dan perkhidmatan perubatan pesakit, disamping membantu meningkatkan lagi taraf perubatan ke arah kecemerlangan. Jabatan ini juga akan bertindak sebagai pusat rujukan maklumat perawatan perubahan yang terkini serta mampu menyediakan pada bila-bila masa, keutamaan akan diberikan kepada maklumat yang berkualiti serta berteknologi tinggi yang sesuai dengan kehendak semasa.

Misi

Berperanan untuk memberi perkhidmatan yang berkesan dan terbaik kepada pelanggan berasaskan sistem teknologi maklumat yang bersesuaian untuk mencapai objektif jabatan dengan cepat, tepat dan berkesan

Objektif

  1. Memastikan pengurusan rekod perubatan pesakit adalah teratur dan sentiasa dikemaskini agar dapat dikeluarkan dengan segera apabila diperlukan.

  2. Mengumpul dan menyediakan statistic hospital yang tepat, cepat dan boleh dipercayai.

  3. Memproses permohonan laporan perubatan dan lembaga perubatan mengikut garispanduan yang ditetapkan.

  4. Menyediakan perkhidmatan pelanggan secara professional bersandarkan budaya kerja cemerlang dengan piagam pelanggan yang menjamin kepuasan pelanggan.

Perkhidmatan

i. Unit Pengurusan Rekod Perubatan
  1. Menerima, menyemak dan menyimpan rekod-rekod perubatan pesakit (RPP) dan filem x-ray.

  2. Menguruskan peminjaman rekod perubatan oleh kakitangan dan juga agensi luar.

  3. Mengesan semula rekod-rekod perubatan selepas peminjaman bagi tujuan, penyelidikan, perawatan perubatan, penyediaan laporan perubatan, audit dan sebagainya.

  4. Menguruskan pelupusan rekod-rekod perubatan pesakit yang telah tamat tempoh simpanan mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan.

  5. Menjalankan audit RPP untuk memastikan dokumentasi yang lengkap, jelas, teratur dan kepatuhan kepada garis panduan.

ii. Unit Statistik
  1. Menyelia dan menyediakan laporan secara bulanan dan tahunan bagi kegunaan pelanggan dalaman dan luaran dan juga pihak pengurusan tertinggi bagi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

    • Reten Pesakit Dalam (PD)

    • Reten Pesakit Luar (PL)

    • Reten Rawatan Harian

  2. Menguruskan permohonan bagi perubahan bilangan katil rasmi & katil operasi hospital. Katil rasmi HTJ adalah 1143.

iii. Unit Laporan Perubatan
  1. Menyediakan perkhidmatan bagi permohonan pelbagai jenis laporan perubatan seperti:

    • Polis, Agensi Kerajaan

    • Laporan Insuran/ Biasa/ Socso/ KWSP

    • Laporan bedah siasat

    • Laporan ringkas Pakar

    • Laporan lengkap Pakar

  2. Menyediakan Laporan Aktiviti Kualiti (NIA/KPI/HPIA). Penyediaan permohonan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan. (Merujuk kepada Technical Specification Hospital Performance Indicator Approach yang terkini)

iv. Unit Pentadbiran
  1. Mengendalikan dokumen bagi kes-kes Perundangan Perubatan/ Medikolegal

  2. Pengesahan kemasukan wad

  3. Pengesahan Lewat kelahiran

  4. Mengendalikan persidangan Jemaah Perubatan bagi PERKESO dan KWSP.

  5. Mesyuarat Jawatankuasa Rekod Perubatan

Timbalan Pengarah Perubatan II

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat