Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Pengenalan

logoukkp

Laman web UKKP

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HTJS mula ditubuhkan pada tahun 2017 bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang dikuatkuasakan pada 25 Februari 1994. Matlamat akta ini ialah untuk memupuk komitmen majikan dan juga pekerja terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, langkah penguatkuasaan akta ini merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk membendung kejadian-kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan di negara ini yang kian meningkat sejak beberapa tahun belakangan ini.

Visi

Memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diberikan penekanan penuh serta membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan anggota HTJS

Misi

Menjadikan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sebuah lokaliti yang selamat dan sihat serta bebas kemalangan kepada pekerja serta semua pelanggannya.

Objektif

Mempromosikan dan mengekalkan keadaan fizikal, mental dan sosial tahap yang tertinggi serta memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin. Ini termasuklah kesedaran dan pengetahuan serta, melindungi pekerja dari risiko dan hazad di tempat kerja.

Perkhidmatan

Perkhidmatan Keselamatan Pekerjaan
  • Notifikasi dan penyiasatan kejadian kemalangan, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan (WEHU).

  • Notifikasi dan penyiasatan kekerasan terhadap anggota kesihatan (VRF).

  • Melakukan penilaian risiko tempat kerja (HIRARC).

  • Melaksanakan audit kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

  • Menguruskan Chemical Health Risk Assessment (CHRA).

  • Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.

  • Menerima notifikasi dan penyiasatan kejadian Tusukan Alatan Tajam (NSI).

  • Menjadi urusetia dalam merangka dasar dan polisi bagi pelan tindakan insiden dalaman HTJS.

Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan
  • Klinik I-Care

  • Menyediakan rawatan kepada semua wargakerja HTJS serta pasangan dan anak jagaan berumur dibawah 18 tahun sahaja

  • Menerima pesakit yang membuat temujanji dan kes – kes tidak kritikal

  • Hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja

  • Klinik Kesihatan Pekerjaan

Saringan Kesihatan
  • Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN WOW).

  • Saringan pemandu ambulan dan unit angkut.

  • Saringan pekerja sinaran (radiologi).

  • Saringan pegawai farmasi yang terlibat dalam penyediaan Total Parenteral Nutrition (TPN), Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR).

  • Saringan Pra – pekerjaan, Pra – persaraan, pindah masuk / keluar.

  • Saringan kesihatan yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi atas sebab perkhidmatan.

Perlaksanaan program imunisasi
  • Program saringan antibodi hepatitis B dan pemberian vaksin Hepatitis B kepada kakitangan yang berisiko.

  • Suntikan typhoid kepada penyedia makanan.

  • Suntikan Influenza (vaksin bermusim) kepada yang berisiko tinggi.

Saringan Berkala Tibi (HCW)
  • Saringan Tibi berisiko.

  • Saringan kontak Tibi kontak rapat.

  • IGRA

Latihan, Promosi dan Kerjaya
  • Mengadakan kursus/taklimat/CME bagi meningkatkan kesedaran pekerja terhadap suasana kerja yang selamat dan sihat.

  • Menyediakan takwin tahunan.

  • Menyediakan bahan-bahan yang berkaitan untuk mempromosikan keselamatan dan kesihatan wargakerja HTJS seperti video, poster, infografik dan sebagainya.

  • Menyediakan laporan bulanan kursus/ latihan/CME yang dihadiri oleh wargakerja UKKP.

  • Mengadakan latihan amal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Menjalankan analisa/ laporan/ klinikal audit/ case study/ poster berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Mewujudkan platform bagi memudahkan wargakerja HTJS untuk mendapatkan capaian kepada UKKP HTJS

Menyelaras aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan latihan/kursus/CME atau program-program yang melibatkan kerjasama UKKP.

Timbalan Pengarah Perubatan III

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO2023