Unit Medikolegal

Unit Medikolegal

Pengenalan

Pada peringkat awal, pengurusan aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence) di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban diuruskan oleh Unit Kualiti. Berikutan peningkatan jumlah aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence) tahunan serta saranan dari KKM telah mencetuskan penubuhan sebuah unit bagi memastikan pengendalian aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence) yang lebih teratur.

Sehubungan itu, Unit Medikolegal telah ditubuhkan pada November 2023 dan ditempatkan di bawah Direktorat Timbalan Pengarah Perubatan III.

Unit Medikolegal berfungsi sebagai salah satu unit sokongan untuk perkhidmatan klinikal di HTJS.

Tujuan unit ini ditubuhkan adalah untuk menyiasat, mengkoordinasi dan mengendalikan aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence) yang berlaku di HTJS.

Visi

Mengendalikan aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence) secara telus, efektif, dan adil.

Misi

Mengendalikan aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence) berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi melindungi hak-hak pemegangtaruh.

Objektif

  1. Menyiasat, mengendalikan, dan mengkoordinasikan aduan klinikal berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence).

  2. Membantu menyelaras dan menjadi liaison di antara anggota kesihatan dan pengadu atau peguam persekutuan / penasihat undang-undang berkenaan kes litigasi (medical negligence).

  3. Menyampaikan dan mengumpul laporan cadangan penambahbaikan bersama jabatan yang terlibat.

  4. Meningkatkan kesedaran kepada doktor dan anggota kesihatan tentang isu-isu berkaitan dengan aspek medikolegal.

Perkhidmatan

Unit Medikolegal menyediakan perkhidmatan berikut:

  1. Menyiasat, mengendalikan, dan mengkoordinasikan aduan kompleks berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence).

  2. Bertindak sebagai sekretariat untuk menubuhkan atau mengkoordinasi

    • Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman (JKPD)

    • Jawatankuasa Penyiasatan Bebas (JKPB)

    • Jawatankuasa Pengurusan Kes Saman Peringkat Hospital (JKPKS)

    • Jawatankuasa Pengurusan Kes Saman Bebas (JKPKS Bebas)

      • Unit Medikolegal bertindak sebagai sekretariat dalam pelantikan panel penyiasatan untuk semua jawatankuasa dalaman peringkat hospital, menyediakan dokumen berkaitan (ringkasan kes dan kronologi), mengenal pasti anggota kesihatan yang terlibat, dan menyediakan laporan yang berkaitan untuk dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri.

  3. Mengkoordinasikan dan memantau laporan tindakan penambahbaikan daripada jabatan-jabatan terlibat.

    • Menerima maklum balas penambahbaikan dari jabatan yang terlibat.

    • Memastikan langkah-langkah penambahbaikan dilaksanakan.

  4. Bertindak sebagai penasihat dalam mengendalikan dan menyiasat aduan kompleks berpotensi medikolegal dan kes litigasi (medical negligence).

  5. Meningkatkan kesedaran anggota kesihatan tentang isu medical negligence melalui audit & maklum balas, ceramah medikolegal dan penganjuran kursus berasaskan medikolegal bersama agensi kerajaan lain.

  6. Bagi kes litigasi (medical negligence), Unit Medikolegal akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara (Attorney General Chamber; AGC) atau/ dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengkoordinasikan mesyuarat bersama defendan bagi membincangkan butiran kes litigasi dan penyediaan kenyataan saksi.

Timbalan Pengarah Perubatan III

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat