Unit Penyelidikan Klinikal

Pusat Penyelidikan Klinikal

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah ditubuhkan pada bulan September 2006. CRC HTJS adalah salah satu daripada 37 rangkaian CRC dibawah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH). Penubuhan dan fungsi rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) adalah selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) - peningkatan ekonomi negara melalui Penyelidikan Klinikal.

Visi

Menjadi sebuah Organisasi Penyelidikan Klinikal yang terkemuka di rantau ini.

Misi

Kami komited untuk:

  1. Memantau semua aktiviti penyelidikan dan latihan berkaitan penyelidikan di Hospital Tuanku Ja’afar dan Negeri Sembilan.

  2. Menyelaras pendaftaran aktiviti penyelidikan hospital secara online di National Medical Research Registry (NMRR).

  3. Memberi bantuan kepada semua kakitangan KKM yang mahu menjalankan penyelidikan

  4. Menjalankan penyelidikan  klinikal secara   beretika  dan   berkualiti  untuk meningkatkan kesihatan

  5. Mengadakan latihan berterusan untuk kakitangan yang berminat dalam penyelidikan

Perkhidmatan

  1. Menyelaras pendaftaran penyelidikan yang akan dijalankan di hospital, atau oleh kakitangan hospital melalui online National Medical Research Registry (NMRR)

  2. Mengkaji cadangan penyelidikan yang akan dijalankan dengan memberi konsultasi penyelidikan

  3. Melakukan semakan protokol penyelidikan bagi mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC)

  4. Menyelaras Ujian klinikal dan memastikan Penyelidik mempunyai kelulusan dan mematuhi etika Amalan Baik Klinikal (GCP) dan piawaian yang berkaitan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa

  5. Membantu kakitangan hospital dalam menjalankan penyelidikan

  6. Memberi kerjasama dengan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan semua Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).

  7. Menjalankan latihan berhubung dengan penyelidikan

Timbalan Pengarah Perubatan II

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat