Unit Profesion Perubatan

Unit Profesion Perubatan

Pengenalan

Unit Profesion Perubatan berasal dari Unit Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang mula ditubuhkan pada 18 ogos 2022. Namun skop dan fungsi Unit PPS ini telah diperluaskan. Justeru Unit PPS ditukar nama kepada Unit Profesion Perubatan berkuatkuasa pada 1 November 2023.

Visi

Ke arah tadbir urus profesion perubatan yang lebih mapan

Misi

  • Memastikan penempatan pegawai perubatan siswazah sepanjang tempoh latihan di hospital

  • Memastikan Pegawai Perubatan Siswazah menjalani program orientasi di hospital

  • Menetapkan bilangan pegawai perubatan yang optimum di jabatan dan unit di hospital bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan kepada pesakit

  • Menerapkan budaya korporat di kalangan Profesion Perubatan

Objektif

  • Menempatkan semua Pegawai Perubatan Siswazah yang melapor diri untuk menjalani latihan siswazah

  • Memastikan program orientasi dijalankan bagi setiap pengambilan Pegawai Perubatan Siswazah

  • Memantau data pegawai perubatan di jabatan dan unit secara berkala

  • Melakukan perubahan penempatan pegawai perubatan di hospital sekiranya berlaku ketidakseimbangan sehingga mengganggu perkhidmatan kepada pesakit

  • Memastikan aduan yang melibatkan pegawai perubatan diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan

  • Memastikan sebarang garis panduan dan pekeliling yang berkaitan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disampaikan kepada semua pegawai perubatan

Perkhidmatan

  1. Menerima dan mengkoordinasi penempatan bagi Pegawai Perubatan Siswazah dalam tempoh latihan siswazah di hospital sejak hari pertama pegawai melapor diri.

  2. Merangka dan melaksanakan program orientasi bagi PPS berdasarkan polisi dan garis panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

  3. Melaksanakan pemantauan terhadap latihan yang diberikan kepada PPS bersama Pakar Yang Menjaga bagi memastikan kualiti Pegawai Perubatan yang akan datang menepati standard yang ditetapkan oleh KKM.

  4. Menilai keperluan Pegawai Perubatan berstatus Tetap dan Kontrak di jabatan-jabatan di bawah hospital serta mengadakan sesi perbincangann dari semasa ke semasa bersama jabatan terlibat bagi memastikan perkhidmatan yang optimum dapat diberikan kepada pesakit

  5. Menyelaraskan arahan yang dikeluarkan oleh KKM yang meliputi garis panduan dan pekeliling yang melibatkan PPS dan Pegawai Perubatan Tetap dan Kontrak.

  6. Menyelaras aduan yang melibatkan PPS dan Pegawai Perubatan Tetap dan Kontrak

  7. Penerapan dan Pengukuhan budaya korporat di kalangan PPS dan Pegawai Perubatan Tetap dan Kontrak

  8. Mengemaskini data penjawatan pakar dan pegawai perubatan di bawah Medical Programme Information System di bawah kelolaan Bahagian Perkembangan Perubatan KKM

Timbalan Pengarah Perubatan I

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat