Peranan & Tanggungjawab
Penghubung antara Hospital dengan Komuniti
Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara hospital dengan komuniti
Memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai
Bertanggungjawab dalam memberi penjelasan kepada orang awam mengenai peraturan dan larangan hospital
Mengadakan Lawatan ke Hospital
Mengadakan lawatan ke hospital bagi mendapatkan pemahaman jelas mengenai perkhidmatan yang diberikan di hospital, masalah yang dihadapi oleh hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris.
Menyediakan laporan selepas setiap lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat ALP
Perkhidmatan Kebajikan kepada Pesakit dan Hospital
Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital
Boleh secara peribadi memberi sumbangan atau mendapatkan bantuan kewangan seperti membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat rehat pesakit dan sebagainya
Melibatkan Diri dalam Aktiviti Hospital
Melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen derma darah, kempen anti rokok dan sebagainya
Boleh mengatur program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program yang membina
Bil | Nama | Jawatan |
---|---|---|
1 | YBhg. Dato’ Hasim bin Rusdi | Pengerusi |
2 | YBhg. Dato’ Seri Haji Noorha Wisma Hisham bin Abdul Wahab | Naib Pengerusi |
3 | En. Mazley bin Jamaluddin | Setiausaha |
4 | En. Lee Shiuh Tong | |
5 | En. Mohd Shuhaimi bin Abu | |
6 | En. Khirul Azam bin Baharuddin | |
7 | En. Ramli bin Harun | |
8 | En. Vasanthakumaran Somu | Bendahari |
9 | En. Mahendran E Rasiah | |
10 | Dato’ Lattefah binti Aliyaru Kunju | |
11 | En. Mohd Ghazali bin Abd Wahab | |
4 | En. Fong Kwee Soon | |
13 | Pn. Norhafiza binti Mohamad | Bendahari |
14 | Pn. Rohani binti Mohamad | Bendahari |
15 | En. Khairul Nizam bin Khairuddin | |
16 | En. Mohd Taufik bin Abdul Jalil | Bendahari |
Pelantikan
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 2 Tahun 2006
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1 Tahun 2007
Cabaran
Peningkatan beban kerja dan harapan tinggi daripada rakyat terhadap perkhidmatan perubatan menjadi satu cabaran pada pihak hospital. Dalam hubungan ini, ALP boleh memainkan peranan yang positif dan bekerja secara berpasukan dengan pihak hospital bagi meningkatkan imej dan peranan sesebuah hospital
ALP juga adalah perantara yang memainkan peranan sebagai duta kecil yang mewakili Kementerian di peringkat akar umbi dan seterusnya menjadi jambatan penghubung yang kukuh dengan masyarakat.