Kluster

Pengenalan

Konsep Hospital Kluster Hospital Kluster di Malaysia merupakan sebahagian daripada Transformasi Sistem Kesihatan dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Perancangan KKM (JPPK) pada 2 April 2014. Maksud Hospital Kluster adalah gabungan hospital berpakar dan tanpa pakar yang terletak di dalam negeri yang sama dan kawasan geografi yang berhampiran

Hospital Kluster berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada pesakit. Gabungan hospital-hospital ini akan berkongsi sumber manusia, fasiliti kemudahan dan aset-aset untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Hospital Kluster Negeri Sembilan 2 telah beroperasi secara rasmi pada 18 Mei 2018 dengan 4 perkhidmatan yang diklusterkan iaitu Perkhidmatan Perubatan, Perkhidmatan Kecemasan & Trauma, Perkhidmatan Pembedahan dan Perkhidmatan Ortopedik.

Kluster Negeri Sembilan 2

Hospital Kluster Negeri Sembilan 2 (NS2) merupakan hospital kluster kompleks yang terdiri daripada 1 hospital berpakar, 1 hospital berpakar minor dan 2 hospital tidak berpakar.

  1. Hospital Tuanku Ja'afar (Lead Hospital)

  2. Hospital Port Dickson (Non Lead Hospital)

  3. Hospital Jelebu (Non Lead Hospital)

  4. Hospital Rembau (Non Lead Hospital)

Jenis Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan Perubatan

  2. Perkhidmatan Kecemasan & Trauma

  3. Perkhidmatan Pembedahan

  4. Perkhidmatan Ortopedik

  5. Perkhidmatan Anestesia & Rawatan Rapi

  6. Perkhidmatan Nefrologi

  7. Perkhidmatan Pediatrik

  8. Perkhidmatan Oftalmologi

  9. Perkhidmatan Otorinolaringologi

  10. Perkhidmatan Oral Maxilofasial

  11. Perkhidmatan Psikiatri & Kesihatan Mental

  12. Perkhidmatan Perubatan Sukan

  13. Perkhidmatan Rehabilitasi

  14. Perkhidmatan Farmasi

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat