Warna
Kuning adalah sebagai simbol kedaulatan di raja
Biru bermakna perpaduan, muafakat dan keharmonian di kalangan anggota HTJ
Merah bermakna keberanian anggota HTJ menghadapi apa jua cabaran ke arah penambahbaikan perkhidmatan perubatan
Putih melambangkan ketulusan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota HTJ
Rekabentuk
Lingkaran orbit berwarna merah biru berbentuk bulan sabit mengelilingi HTJ adalah simbolik kepada perkhidmatan perubatan yang menyeluruh
Huruf T pada perkataan HTJ yang berbentuk kubah minangkabau adalah simbol Adat Perpatih di Negeri Sembilan
Dua bintang membawa maksud kecemerlangan anggota dan kegemilangan perkhidmatan oleh anggota HTJ
Huruf HTJS yang berada di dalam orbit bermakna Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Tiga garisan yang membentuk bulatan bemaksud konsep budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisme