Perutusan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Y. Bhg Dato’/Dr./Tuan/Puan,

Terima kasih kepada semua warga maya yang mengunjungi Laman Web Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS).

Seiring dengan perkembangan teknologi dan era digital masa kini, melalui wadah gerbang informasi ini, HTJS sentiasa berusaha menyalurkan informasi terkini berkaitan kesihatan, program, aktiviti, perkhidmatan dan pengurusan kesihatan buat warga kerja HTJS dan masyarakat awam.

Warga HTJS sedia memberikan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan serta promosi kesihatan yang bermutu tinggi kepada semua lapisan masyarakat untuk mengurangkan kesakitan dan menyelamatkan nyawa. Kami berharap dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan negara sesuai dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia "Kami Sedia Membantu".

Melalui medium rasmi ini, saya berharap kita semua peka dan menggunapakai secara optimum kemudahan fasiliti kesihatan ini supaya dapat bersama-sama merealisasikan impian melahirkan masyarakat sihat sesuai dengan visi jabatan iaitu "Menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan promotif, kuratif rawatan dan rehabilitatif di dalam bidang kepakaran utama". Harapan saya, medium ini memberi manfaat dan sumber maklumat kepada semua pengunjung khususnya berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Saya amat mengalu-alukan cadangan penambaikan, pandangan membina mahupun sebarang komen bagi memantapkan kandungan laman web ini dan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh HTJS.

Selamat melayari laman web ini dan semoga bermanfaat untuk semua.

DATO' DR. ZALEHA BINTI MD NOOR
PENGARAH HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Pengarah HTJ
PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat