Majlis Bersama Jabatan

Majlis Bersama Jabatan

PERUTUSAN PENGERUSI
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita dapat terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam memastikan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) berfungsi sebagai sebuah institusi kesihatan yang cemerlang serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) memainkan peranan penting sebagai platfom komunikasi yang berkesan antara pengurusan dan anggota hospital. Ia bukan sahaja memperkukuhkan hubungan kerja tetapi juga memastikan setiap suara, cadangan serta isu yang diutarakan oleh kakitangan diambil perhatian dan ditangani dengan sewajarnya. Melalui semangat keterbukaan dan kebersamaan, saya percaya kita mampu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan produktif.

Sebagai Pengerusi MBJ (mewakili pekerja) saya komited untuk terus memperjuangkan kebajikan semua warga kerja HTJS. Kita akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti persekitaran kerja, kemudahan serta peluang pembangunan professional bagi memastikan setiap anggota berasa dihargai dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Saya juga ingin menekankan kepentingan budaya kerja berpasukan, intergriti, dan inovasi dalam memastikan hospital kita terus maju. Marilah kita Bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuhkan keunggulan HTJS sebagai sebuah institusi kesihatan yang berdaya saing dan berorientasikan perkhidmatan cemerlang.

Akhir kata saya mengajak semua warga HTJS untuk terus menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh MBJ dan berganding bahu dalam menghadapi cabaran serta merealisasikan matlamat hospital. Semoga segala usaha kita diberkati dan membuahkan kejayaan demi manfaat bersama.

 

Sekian, terima kasih.

 

“Suara Pekerja, Aspirasi Bersama”

 

MOHD AFANDY BIN IBRAHIM
PENGERUSI MBJ
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN

Visi

Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, produktif dan sejahtera melalui Kerjasama erat antara pekerja dan majikan

Misi

  1. Memperkasa suara pekerja dalam perbincangan bersama majikan demi kesejahteraan bersama
  2. Mengukuhkan hubungan harmoni antara pekerja dan majikan melalui komunikasi yang efektif
  3. Menyelesaikan isu dan cabaran di tempat kerja secara adil dan professional
  4. Meningkatkan kesejahteraan pekerja demi kecemerlangan organisasi

Objektif

  1. Menjadi perantara utama dalam menyampaikan maklum balas, cadangan dan isu-isu kakitangan kepada pihak pengurusan
  2. Mewujudkan saluran komunikasi yang telus dan berkesan bagi menyelesaikan sebarang permasalahan secara harmoni dan professional
  3. Memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat bagi semua kakitangan serta menyumbang kepada kecemerlangan hospital secara keseluruhan

AJK MBJ (Wakil Pekerja)

Gambar

Nama

Skim

Keahlian

En. Mohd Afandy bin Ibrahim

Penolong Pegawai Perubatan

Pengerusi

Pn. Ganga Devi a/p B. Sinniah

Juruteknologi Makmal Perubatan

Setiausaha

Dr. Purbasha Sinha Roy

Pegawai Pergigian

Ahli

En. Mohd Basyir bin Ghazali

Penolong Pegawai Farmasi

Ahli

Pn. Nur Afifah binti Shuhardi

Pegawai Farmasi

Ahli

Pn. Rohaina binti Hj Abd Razak

Pegawai Sains

Ahli

Pn. Sabarnur binti Abd Radzak

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Ahli

En. Mohd Ishak bin Mohd Aziz

Juru X-Ray

Ahli

Pn. Sri Makeswari a/p Sinnasamy

Fisioterapi

Ahli

Pn. Fadhlina binti Izili

Terapi Cara Kerja

Ahli

En. Mazzuan bin Mohamed

Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

Ahli

Pn. Maznah binti Mahat

Penolong Pegawai Tadbir

Ahli

Pn. Junaidah binti Razak

Penolong Akauntan

Ahli

Pn. Nor Faezah binti Mohd Yunus

Pembantu Tadbir

Ahli

Pn. Rozaimah binti Shaharum

Pegawai Khidmat Pelanggan

Ahli

Pn. Norhaslinda binti Mohd Isa

Jururawat Masyarakat

Ahli

Pn. Zuriyani binti Yahya

Jururawat Masyarakat

Ahli

Pn. Eva Vinona binti Mustafa

Jururawat

Ahli

Pn. Huszialinda binti Mohd Razali @ Husin

Jururawat

Ahli

En. Norazmi bin Ishak

Pembantu Perawatan Kesihatan

Ahli

Pn. Sawalliza binti Mohd Aris

Pembantu Perawatan Kesihatan

Ahli

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

Statistik Pelawat