Denggi

Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Negeri Sembilan Tahun 2021 (Sehingga 1 Mei 2021)

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 17) iaitu sehingga 1 Mei 2021 menunjukkan peningkatan bilangan daftar kes berbanding minggu 16 tahun 2021 iaitu dari 5 kes kepada 14 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu 17 adalah sebanyak 11 kes didaftarkan di daerah Seremban dan masing-masing satu (1) kes di Port Dickson, Jempol dan Rembau. Tiada kes di Kuala Pilah, Tampin, dan Jelebu. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah satu (1) kematian sehingga 1 Mei 2021. Tiada kes zika dilaporkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan di Negeri Sembilan dimana kawalan denggi dijalankan dengan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan mengikut garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masyakat adalah digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan memutuskan jangkitan demam denggi. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan semburan aerosol di rumah bagi membunuh nyamuk dewasa. Tiada Aedes, Tiada Denggi.

Kawasan-Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif
Pada Minggu Ke-17 (25.4.2021  -  1.5.2021)

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Seremban

Taman Desa Dahlia (Jln.1, Jln.1/5-1/14, Jln.2/3 - 2/12, Jln.7-9)

WT

4

25/4/2021

10/5/2021

 

Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png2.png2.png7.png6.png1.png7.png
Hari Ini493
Semalam1134
Minggu ini5118
Bulan ini6575
Keseluruhan227617

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543 

logo iso