Denggi

Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Negeri Sembilan Tahun 2021 (Sehingga 5 Jun 2021)

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 22) iaitu sehingga 5 Jun 2021 menunjukkan tiada perubahan pada  bilangan daftar kes berbanding minggu 21 tahun 2021 iaitu kekal kepada 8 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu 22  adalah sebanyak enam  (6)  kes didaftarkan di daerah Seremban dan masing-masing satu (1) kes Jempol dan Rembau. Tiada kes di Port Dickson, Tampin, Kuala Pilah, dan Jelebu. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah satu (1) kematian sehingga 5 Jun 2021. Tiada kes zika dilaporkan.

Untuk makluman semua, Sambutan Hari Denggi Asean akan dilaksanakan pada 15hb Jun 2021 dengan tema pada tahun ini adalah 10 Minit Hapuskan Denggi. Aktiviti sambutan dilaksanakan bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dengan menjalankan aktiviti gotong-royong bersama ahli keluarga di rumah masing-masing dengan turut menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di premis kediaman masing-masing. Selain daripada itu, Sambutan Hari Denggi Asean ini juga ingin mempromosikan penggunaan aerosol di kawasan-kawasan dalam rumah terutama diwaktu nyamuk aktif iaitu dari 5 – 8 pagi dan 5 – 8 malam setiap hari. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan memutuskan jangkitan demam denggi.

Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif
Pada Minggu Ke-22 (30.5.2021  -  5.6.2021)

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Seremban

Flat Pajam

WT

3

24/5/2021

10/6/2021

2

Seremban

Taman Ampangan Fasa 1 (Jln 1 – Jln 15)

WT

2

24/5/2021

7/6/2021

Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png2.png7.png9.png9.png8.png4.png
Hari Ini670
Semalam1267
Minggu ini8516
Bulan ini24392
Keseluruhan279984

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543 

logo iso