Denggi

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 40) iaitu sehingga 9 Oktober 2021 terdapat penurunan pada  bilangan daftar kes berbanding minggu 39 tahun 2021 iaitu dari 16 kes kepada 15 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu 40 adalah sebanyak  13  kes didaftarkan di daerah Seremban dan masing-masing satu (1) kes Port Dickson dan Jempol. Tiada kes di Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jelebu. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah satu (1) kematian sehingga 9 Oktober 2021. Tiada kes zika dilaporkan.

Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara telah dilaksanakan di Negeri Sembilan dimana kawalan denggi dijalankan dengan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan mengikut garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masyakat adalah digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman masing-masing 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan memutuskan jangkitan demam denggi. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan semburan aerosol di kawasan-kawasan dalam rumah terutama diwaktu nyamuk aktif iaitu dari 5 – 8 pagi dan 5 – 8 malam setiap hari bagi membunuh nyamuk dewasa. Repelen juga boleh digunakan sebagai pencegahan daripada gigitan nyamuk dan disapukan kepada kulit yang terdedah  dan/atau pakaian. Bekalan repelen boleh didapati di setiap klinik kesihatan di Negeri Sembilan sekiranya anda dijangkiti demam denggi. Tiada Aedes, Tiada Denggi.

 Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif
Pada Minggu Ke-40 (3.10.2021  -  9.10.2021)

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Seremban

Cempaka Court

WT

3

20/9/2021

12/10/2021

2

Seremban

Taman Sri Telawi

WT

3

25/9/2021

10/10/2021

3

Seremban

Flat Sri Mawar

WT

2

29/9/2021

13/10/2021

4

Seremban

Taman Perwira

WT

2

2/10/2021

16/10/2021

5

Seremban

Forest Heights Persint 4 (Forest Bayu)

WT

2

4/10/2021

18/10/2021

6

Seremban

Tmn Tasik Jaya (Jalan 15 - 22)

WT

2

6/10/2021

20/10/2021

 Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png4.png0.png7.png5.png2.png6.png
Hari Ini52
Semalam1002
Minggu ini1054
Bulan ini28383
Keseluruhan407526

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543 

logo iso