Denggi

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 46) iaitu sehingga 20 November 2021 terdapat peningkatan pada bilangan daftar kes berbanding minggu 45 tahun 2021 iaitu dari 10 kes kepada 12 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu 46 adalah sebanyak  10  kes didaftarkan di daerah Seremban dan dua (2) kes di daerah Port Dickson. Tiada kes di Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah satu (1) kematian sehingga 20 November 2021. Tiada kes zika dilaporkan.

Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara telah dilaksanakan di Negeri Sembilan dimana kawalan denggi dijalankan dengan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan mengikut garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masyakat adalah digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman masing-masing 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan memutuskan jangkitan demam denggi. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan semburan aerosol di kawasan-kawasan dalam rumah terutama diwaktu nyamuk aktif iaitu dari 5 – 8 pagi dan 5 – 8 malam setiap hari bagi membunuh nyamuk dewasa. Repelen juga boleh digunakan sebagai pencegahan daripada gigitan nyamuk dan disapukan kepada kulit yang terdedah  dan/atau pakaian. Bekalan repelen boleh didapati di setiap klinik kesihatan di Negeri Sembilan sekiranya anda dijangkiti demam denggi. Tiada Aedes, Tiada Denggi.


Pada Minggu Ke-46 (14.11.2021  -  20.11.2021) 

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Seremban

Taman Rasah

WT

2

07/11/2021

21/11/2021

 Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png4.png4.png5.png6.png2.png1.png
Hari Ini194
Semalam751
Minggu ini10545
Bulan ini27396
Keseluruhan445621

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543 

logo iso