Denggi

Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 3) iaitu sehingga 22 Januari 2022 menunjukkan peningkatan bilangan daftar kes berbanding minggu ke 2 tahun 2022 iaitu dari 19 kes kepada 30 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu ketiga (3) adalah sebanyak 24 kes didaftarkan di daerah Seremban, tiga (3) kes masing-masing di Port Dickson dan Jempol. Tiada kes di Tampin, Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah. Tiada kematian dilaporkan pada minggu semasa dan menjadikan kumulatif kematian adalah kosong (0) kematian sehingga 23 Januari 2022. Tiada kes zika dilaporkan. Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara telah dilaksanakan di Negeri Sembilan dimana kawalan denggi dijalankan dengan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan mengikut garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masyakat adalah digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman masing-masing 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pemusnahan pembiakan nyamuk aedes merupakan senjata utama dalam menghapuskan jentik-jentik dan memutuskan jangkitan demam denggi. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan semburan aerosol di kawasan-kawasan dalam rumah terutama diwaktu nyamuk aktif iaitu dari 5 – 8 pagi dan 5 – 8 malam setiap hari bagi membunuh nyamuk dewasa. Repelen juga boleh digunakan sebagai pencegahan daripada gigitan nyamuk dan disapukan kepada kulit yang terdedah  dan/atau pakaian. Bekalan repelen boleh didapati di setiap klinik kesihatan di Negeri Sembilan sekiranya anda dijangkiti demam denggi. Tiada Aedes, Tiada Denggi.

Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif.
Pada Minggu Ke-3 (16.1.2022  -  22.1.2022) 

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

 Seremban

  Taman Kelab Tuanku Mambau

Hotspot

8

18/12/2021

31/1/2022 

 Seremban

  Taman Desa Melati (Jln. Melati 1-8)

 WT

2

10/1/2022

24/1/2022

 Seremban

  Apartment Mesahill

 WT

2

12/1/2022 26/1/2022

 Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png5.png0.png7.png4.png8.png1.png
Hari Ini760
Semalam1171
Minggu ini5269
Bulan ini26345
Keseluruhan507481

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543 

logo iso