Kit4Me Inovasi BKKM

TPKN BKKM bersama PKNBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Negeri Sembilan melalui kumpulan Jetsetter telah mendapat JOHAN bagi Pertandingan Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020 (Kategori Perkhidmatan). BKKM Negeri Sembilan merupakan BKKM pertama berjaya mendapat JOHAN di Pertandingan Inovasi KKM (Peringkat Kebangsaan).

Projek yang dipertandingkan adalah Kit4Me di mana ia merupakan sebuah kit yang menjadi One Stop Centre Information dengan menggabungkan semua maklumat berkaitan aktiviti di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan seperti Aktiviti Pensijilan (MeSTI, GMP, HACCP), Pengiktirafan, Pelesenan, Pengeksportan, Sekolah Latihan Pengendalian Makanan serta urusan aduan dan kompaun.

Kit4Me ini bukan sahaja digunakan oleh pegawai teknologi makanan malah juga dapat digunakan oleh pegawai sokongan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dapat disampaikan dengan lengkap, cepat dan tepat. Sekaligus memberi keyakinan kepada setiap pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas.

Kumpulan Jetsetter mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pengarah Kanan BKKM, Pengarah JKNNS, TPKN BKKM JKNNS, UKKM Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Sembilan, serta BKKM setiap negeri di Malaysia.

Tidak dilupakan maklumbalas yang diberikan oleh agensi yang terlibat (Bahagian Pengurusan Halal, JAHEINS dan Bahagian Industri Ternak (JPVNS), dan Bahagian Kesihatan Awam (Unit Promosi dan Pemakanan) diatas kerjasama dalam menjayakan projek ini.

Semoga BKKM Negeri Sembilan semakin bersemangat dan sentiasa maju dengan penghasilan projek terkini dalam membudayakan kerja yang lebih inovatif dan kreatif.

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png2.png1.png0.png1.png1.png4.png
Hari Ini63
Semalam1033
Minggu ini1096
Bulan ini16656
Keseluruhan210114

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543 

logo iso