Galeri JKNNS

Cart

Thursday, 29 August 2024

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA PERANGI AEDES DAN SAMBUTAN HARI MALARIA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024

Unit Penyakit Bawaan Vektor, Unit Promosi Kesihatan dan Unit Entomologi, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan melalui kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah telah menjayakan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes dan Sambutan Hari Malaria Peringkat Negeri Sembilan bersama penduduk pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di perkarangan Masjid Kariah Taman Desa Anggerik, Kuala Pilah.

 

Objektif utama program adalah :

1) Meningkatkan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mencegah kes dan wabak demam denggi.

2) Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit Malaria yang masih menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.

3) Mengukuhkan kolaborasi antara KKM dengan pelbagai agensi dalam memerangi malaria.

4) Penerapan nilai-nilai murni kepada komuniti mengenai kelestarian dan kebersihan persekitaran selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) - Teras Empat (4) iaitu Kebersihan Persekitara

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri, JKN Negeri Sembilan. Turut bersama adalah YBrs Dr. Zuraida Binti Mohamed, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan YBrs Dr. Noraliza Binti Radzali, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah. Secara keseluruhannya 594 orang pengunjung hadir mengikuti aktiviti yang dianjurkan yang mana seramai 215 pelajar sekolah turut serta menjayakan program ini.

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik agensi dan institusi yang terlibat serta penglibatan aktif penduduk Taman Desa Anggerik, Taman Melati Indah, Taman Putra, Taman Nada Seruni, Taman Mutiara dan kerjasama Jawatankuasa COMBI Daerah Kuala Pilah sepanjang program berlangsung.

Thursday, 29 August 2024

jata

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png4.png2.png7.png7.png4.png5.png
Hari Ini232
Semalam1563
Minggu ini1795
Bulan ini13688
Keseluruhan427745

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800