Galeri JKNNS

Cart

Friday, 12 October 2018

Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan 2018

KARNIVAL SIHAT FARMASI KEBANGSAAN 2018 (PHARMSPORT)

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan, Malaysian Pharmaceutical Society (Kelantan Area) dan Hospital Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan pada 12-14 Oktober 2018 bertempat di Kompleks Sukan Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan dan Malaysian Pharmaceutical Society (Negeri Sembilan Area) telah menghantar 56 orang atlit yang diketuai oleh En Mohd Shakrie Palan bin Abdullah dan Pn Fuziah Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) sebagai pegawai pengiring. Acara sukan yang disertai oleh kontingen Negeri Sembilan adalah futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong dan boling.
Pencapaian kontigen Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

 

Ping Pong

  • Juara Keseluruhan  
  • Johan Perseorangan  Wanita
  • Johan Beregu Wanita
  • Pemain Ping Pong Wanita Terbaik

 

Futsal (Lelaki)

  • Tempat Ketiga
  • Penjaring Terbanyak

Secara keseluruhan kontingen Negeri Sembilan menduduki tempat ke 5 daripada 13 kontingen.
SYABAS DAN TAHNIAH NEGERI SEMBILAN!

 

Friday, 12 October 2018

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png9.png7.png3.png1.png7.png
Hari Ini344
Semalam763
Minggu ini3452
Bulan ini2718
Keseluruhan97317

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543