Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)

PENGENALAN

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (CKAPS JKNNS) yang dulunya dikenali sebagai Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS JKNNS) telah ditubuhkan pada 23 Oktober 2003.

Nama CKAPS pada mulanya digunakan untuk Ibu Pejabat di Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Putrajaya yang ditubuhkan pada Februari 2003. Manakala nama UKAPS digunakan di setiap Jabatan Kesihatan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, penjenamaan semula nama CKAPS di Bahagian Amalan Perubatan kepada CKAPS HQ dan UKAPS JKN/ JKWP kepada CKAPS JKN/ JKWP telah dikuatkuasakan bermula 02 Januari 2019.

CKAPS berperanan untuk memantau (monitor), mengawal (control) dan mengawal selia (regulate) Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) di Negeri Sembilan selaras dengan peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan Peraturan-peraturannya.

Fungsi utama CKAPS adalah melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] yang mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2006 menggantikan Akta Hospital Persendirian 1971.