Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Cawangan Pengurusan Farmasi

PENGENALAN

Cawangan ini bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentadbiran dari segi pembangunan, sumber manusia, kewangan, perkhidmatan sokongan, pengurusan latihan serta menggalakkan pembudayaan inisiatif penambahbaikan kualiti dan penyelidikan dalam perkhidmatan farmasi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berkualiti. Pelbagai usaha telah dijalankan di Cawangan Pengurusan Farmasi bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi pelaksanaan sistem kerja antaranya pengemaskinian myPortfolio dari masa ke semasa, pengurusan fail dan surat menyurat, pemantauan perbelanjaan kewangan dan projek-projek pembangunan farmasi di fasiliti kesihatan serta pelaksanaan latihan-latihan yang dapat meningkatkan kecekapan dan pengetahuan anggota farmasi.

Seksyen-seksyen di bawah Cawangan Pengurusan Farmasi adalah:

  1. Unit Pentadbiran dan Kewangan Farmasi
  2. Seksyen Pengurusan Profesional Farmasi
  3. Seksyen Infrastruktur dan Informatik Farmasi
  4. Seksyen Kualiti dan R&D Farmasi