PENGENALAN
Unit Perkembangan & Amalan Perubatan, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merupakan sebuah unit yang menjalankan 2 fungsi utama yang meliputi aktiviti Amalan Perubatan dan Perkembangan Perubatan. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit, seorang pegawai perubatan dan 6 orang paramedik. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan merangkumi keseluruhan aspek pengurusan klinikal dan non klinikal di tujuh (7) buah hospital di N. Sembilan iaitu:
- Hospital TuankuJaafar, Seremban
- Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
- Hospital Port Dickson
- Hospital Tampin
- Hospital Jempol
- Hospital Jelebu
- Hospital Rembau ( Telah diserahkan kepada pengguna pada Disember 2019)
VISI
-
Bersedia untuk memberikan perkhidmatan perawatan yang efisien, cekap, dinamik dan selamat kepada semua pesakit yang memerlukannya.
MISI
-
Selaras dengan Misi Bahagian Perubatan JKNNS , unit ini mempunyai misi iaitu :
- Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti, komprehensif, efisyen dan selamat.
- Menjalankan latihan yang berterusan kepada setiap anggota bagi memastikan pengetahuan ditahap optimum.
OBJEKTIF
-
Unit ini berusaha memastikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti, efisyen, responsif, selamat dan berdaya saing bagi memenuhi ekspektasi masyarakat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti perawatan perubatan yang holistik sesuai dengan perkembangan teknologi terkini.
Skop perkhidmatan bagi sub Amalan Perubatan adalah:-
- Menyelaras pendaftaran, penempatan dan pemerkasaan sumber manusia dikalangan pegawai pengurusan dan professional agar berada ditahap optimum
- Menyelaras aktiviti berkenaan medikolegal di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri
- Menyelaras aduan yang diterima oleh hospital-hospital Negeri Sembilan
Skop perkhidmatan bagi sub Perkembangan Perubatan adalah:-
- Pelaksanaan dan Pemantauan Polisi Pengoperasian Hospital
- Pemantauan penyampaian perkhidmatan klinikal di hospital-hospital
- Menyelaras aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), Clinical Practice Guideline dan Credentialing & Privileging (C&P) di peringkat Negeri
- Menyelaras aktiviti pembangunan dan belanjawan fasiliti hospital di JKN
- Menyelaras permohonan peralatan perubatan di peringkat JKN
- Pelaksanaan Sistem Casemix
- Pelaksanaan Inisiatif Hospital Kluster
- Menjadi urusetia bagi Mesyuarat-mesyuarat teknikal yang berkaitan di peringkat negeri.
- Menyelaras maklumbalas soalan DUN
