Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan(BKKM) di peringkat negeri diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), manakala di peringkat daerah pelaksanaan aktiviti adalah di bawah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi masyarakat daripada bahaya-bahaya kesihatan yang berpunca daripada pencemaran makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.

Bahagian ini menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan dan kualiti makanan seperti Pematuhan dan Kawalan Makanan Domestik, Pensijilan, Pelesenan dan Pembangunan Industri Makanan, Komunikasi dan Kepenggunaan, Survelan Makanan, Import dan Eksport Makanan, Penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan- Peraturan di bawahnya. Terdapat lima (5) unit di bawah Bahagian ini iaitu :

  1. Unit Komunikasi & Kepenggunaan dan Pelesenan
  2. Unit Industri Makanan
  3. Unit Survelan dan Institusi
  4. Unit Pematuhan Domestik
  5. Unit Pengurusan