PENGENALAN
- Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah nadi perkhidmatan dalam pelaksanaan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di Negeri Sembilan.
VISI
- Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan Program-Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang profesional, efisyen, saksama dan mesra
MISI
- Unit Penyakit Bawaan Vektor akan melaksanakan program-program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang merangkumi bidang pencegahan dan kawalan dengan anggota yang mahir dan terlatih dengan bantuan peralatan yang lengkap dan berteknologi tinggi.
OBJEKTIF
- Objektif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah seperti berikut :
- Mengurangkan morbidity (kejadian) dan mortality (kematian) Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di Semenanjung Malaysia
- Mencegah kejadian Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di kawasan yang sedia bebas daripada penyakit-penyakit bawaan vektor.
- Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor yang utama adalah Malaria, Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah, Penyakit Filariasis, Penyakit Scrub Typhus, Penyakit Japanese Encephalitis(JE), Penyakit Chikungunya, Penyakit Hawar dan Penyakit Demam Kuning.
FUNGSI
- Sistem surveilans
- Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
- Pengesanan awal dan rawatan kes
- Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
- Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
- Pembangunan kapasiti
- Penyelidikan
PERANAN
- Sistem surveilans
- Memantau pelaporan semua kes Penyakit Bawaan Vektor melalui telefon, borang notifikasi atau Sistem e-notifikasi dalam tempoh masa yang ditetapkan
- Memastikan dan memantau pengisian dalam pengkalan survelan melalui system e-Notifikasi, e-Denggi, Vekpro Online dan lain-lain pelaporan secara manual supaya pengkalan survelan dalam keadaan lengkap, tepat dan terkini bagi kes kes Penyakit Bawaan Vektor
- Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
- Menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi kes Penyakit Bawaan Vektor seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), Semburan Ruang Thermal (SRT) , Semburan Ruang Ultra Low Volume (SRULV) , Pengedaran Kelambu Berubat dan Semburan Residu
- Menjalankan pemantauan kehadiran vektor dengan pemasangan ovitrap di kawasan keutamaan 1, kawasan wabak dan pelabuhan
- Pengesanan awal dan rawatan kes
- Menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam kepada kes Penyakit Bawaan Vektor yang dinotifikasi bagi mengetahui punca jangkitan Penyakit Bawaan Vektor
- Melaksanakan ujian saringan untuk kumpulan berisiko melalui pengwujudan smart partnership dengan majikan syarikat perladangan, tempat pembinaan dan kem pembalakan untuk mendapatkan senarai pekerja bagi memudahkan aktiviti saringan dilaksanakan
- Melaksanakan Active Case Detection (ACD) di kawasan bermasalah kes Penyakit Bawaan Vektor bagi mengesan kes baru dan kontak
- Mengkaji slaid darah ACD bagi Penyakit Malaria dan Penyakit Filariasis di peringkat Negeri dan melaporkan sekiranya terdapat slaid darah yang positif kepada Pejabat Kesihatan Daerah
- Menjalankan tindakan susulan terhadap semua kes Penyakit Bawaan Vektor yang didaftarkan mengikut garispanduan yang ditetapkan
- Merujuk kes Penyakit Bawaan Vektor untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran
- Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
- Bilik Gerakan dibuka dalam tempoh 24 jam sekiranya wabak diistiharkan
- 100% wabak denggi dikawal dalam tempoh 14 hari
- Menjalankan penilaian risiko di lokaliti wabak
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Wabak di peringkat daerah sekiranya wabak diistiharkan
- Tindakan aktiviti kawalan dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diistiharkan
- Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
- Berkerjasama dengan Unit Promosi Kesihatan dalam menggerakkan komuniti untuk bersama-sama membasmi Penyakit Bawaan Vektor melalui komunikasi dan kerjasama pintar bagi menjana perubahan tingkahlaku komuniti
- Mobilisasi anggota Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor ke daerah yang mempunyai bebanan kerja yang tinggi dalam menjalankan aktiviti kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan
- Pembangunan kapasiti
- Menjalankan latihan kepada anggota vektor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam pekerjaan
- Memastikan dan pengisian jawatan di Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah mencukupi dan selaras dengan beban kerja yang dipikul
- Membekalkan Combo Dengue Rapid Test kepada klinik kerajaan dan hospital kerajaan untuk pengesahan kes denggi
- Membekalkan stok racun serangga untuk digunakan dalam aktiviti kawalan kes Penyakit Bawaan Vektor
- Membekal dan memastikan peralatan yang digunakan untuk digunakan dalam aktivit kawalan dan perkhidmatan makmal
- Penyelidikan
- Menjalankan kajian entomogi di kawasan bermasalah di Negeri Sembilan
- Menjalankan Environment Risk Assessment (ERA) di kawasan bermasalah
PIAGAM PELANGGAN
- Tindakan aktiviti kawalan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diisytiharkan
