Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Inspektorat Dan Perundangan Negeri (UIPN)

PENGENALAN

Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN), Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2004. Penubuhan UIPN ini adalah susulan kepada arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bil. 1 Tahun 2004.

Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

Unit ini bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran U44. Unit ini mempunyai sub-unit iaitu:

  1. Sub Unit Audit Dan Kawalselia
  2. Sub Unit Pendakwaan
  3. Sub Unit Penyiasatan
  4. Sub Unit Penguatkuasaan
  5. Sub Unit Risikan
  6. Sub Unit Dokumentasi Dan Perkembangan Profesion