Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Kesihatan Keluarga

PENGENALAN

Program Kesihatan Ibu dan Anak telah bermula sejak dari tahun 1956 serta telah mengalami perubahan dan berkembang menjadi Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga pada tahun 1995. Bagi Cawangan Kesihatan Keluarga, perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur iaitu mulai lahir hingga ke akhir hayat (from womb to tomb).

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga adalah nadi perkhidmatan kesihatan di peringkat kesihatan primer bagi negara ini. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga bertanggungjawab menjalankan dan membangunkan strategi dari pelbagai polisi yang diluluskan untuk dilaksanakan sebagai aktiviti di peringkat individu dan keluarga. Bagi menyempurnakan tanggungjawab tersebut, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga mempunyai 2 Cawangan iaitu Cawangan Kesihatan Keluarga dan Cawangan Penjagaan Kesihatan Primer.  

Bagi Cawangan Kesihatan Keluarga, perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur. Skop perkhidmatan terdiri dari Kesihatan Ibu dan Anak, Kesihatan Remaja dan Sekolah, Kesihatan Wanita & Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Program SaringanTalasemia.