Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Pemakanan

PENGENALAN

Aktiviti pemakanan telah bermula sejak tahun 50-an di mana ianya telah diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak. Pada tahun 1977, jawatan Pegawai Sains Zat Makanan (PZM) telah diwujudkan di bawah Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak. Pada tahun 1995, Unit Pemakanan telah dibentuk di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Unit Pemakanan ini seterusnya menjadi unit yang berasingan di bawah Program Kesihatan Awam mulai 16 Oktober 2009 sehingga kini. Pada tahun 2011, nama jawatan PZM telah ditukar kepada Pegawai Sains Pemakanan (PSP), seiring dengan perkembangan perkhidmatan pemakanan semasa.

Aktiviti-aktiviti pemakanan dijalankan sepanjang tahun bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan pemakanan kepada komuniti. Prosedur ini menggariskan langkah-langkah dalam pengawasan taraf pemakanan dan aktiviti pemakanan untuk tujuan mengenalpasti keutamaan kes bagi merancang, memantau dan menilai aktiviti pemakanan supaya peratus pemulihan dapat dipertingkatkan. Program Promosi Pemakanan akan diperkukuhkan bagi meningkatkan tahap pengetahuan pemakanan sihat dan seimbang bagi semua golongan di Negeri Sembilan merangkumi aspek pemakanan bermula daripada pemakanan bayi sehinggalah golongan dewasa