Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Penjagaan Kesihatan Primer

PENGENALAN

Unit Penjagaan Kesihatan Primer adalah nadi perkhidmatan di peringkat Kesihatan Awam di negeri ini. Unit ini berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan diperingkat Penjagaan Kesihatan Primer. Tugas utama adalah untuk memberi fokus kepada penghasilan impak atau outcome kepada komuniti berkonsepkan perkhidmatan kesihatan secara intergrasi dan terancang. Aktiviti utama unit ini adalah untuk memastikan semua polisi-polisi yang dibangun oleh KKM dapat dilaksanakan dipelbagai peringkat Fasiliti Kesihatan. Selain daripada itu, unit ini menyelaras dan memantau semua aktiviti-aktiviti berkaitan Perkhidmatan Kecemasan dan Pre Hospital Care, Perkhidmatan Perubatan, Perkhidmatan Sokongan dan Teknikal, Pembangunan Infrastruktur, Program Kualiti, Pengurusan Maklumat serta Tele Primary Care (TPC).

Disamping itu, unit ini juga menyelaras dan memastikan perkhidmatan yang disalurkan melalui pelbagai fasiliti kesihatan sama ada fasiliti statik atau bergerak. Pada masa kini, terdapat 47 buah Klinik Kesihatan termasuk 5 buah Klinik Desa yang dinaiktaraf Klinik Kesihatan, 98 buah Klinik Desa, 17 buah Klinik 1Malaysia serta 8 pasukan Klinik Bergerak. Selain daripada itu, unit ini juga memantau semua perkhidmatan kesihatan yang diberikan di institusi seperti PLKN, DEPOT, PULAPOL, Penjara, Serenti serta institusi pendidikan seperti Politek. Pengurusan keperluan infrastruktur, peralatan perubatan dan bukan perubatan dan sumber manusia juga dipantau oleh oleh unit ini. Program Panel Penasihat Klinik kesihatan merupakan wadah untuk menyalurkan maklumat kesihatan melalui komuniti yang dilantik dan aktif menjalankan program-program kesihatan juga diselaras oleh unit ini.

Fokus utama unit ini adalah memastikan perkhidmatan yang diberikan bersifat komprehensif dan mudah diakses. Pendekatan personalised care melalui konsep Family Doctor telah mula dilaksanakan bermula pada tahun 2014. Bersesuaian dengan RMK11, matlamat dan cabaran utama unit adalah untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan di fasiliti Kesihatan Awam serta memastikan tahap perkhidmatan mencapai kualiti yang diharapkan.