Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

PENGENALAN

  • Unit kawalan penyakit berjangkit (Communicable Disease Control atau CDC) merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang menjalankan pemantauan kejadian kes penyakit berjangkit. Unit ini bertanggungjawab memantau semua jenis penyakit yang tersenarai dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) melainkan penyakit bawaan vektor, HIV/STI dan TB/kusta yang dipantau oleh unit yang dikhaskan bagi penyakit tersebut.
  • Pemantauan penyakit berjangkit dijalankan secara harian menerusi sistem e notifikasi. Pemantauan wabak penyakit berjangkit pula dipantau melalui sistem e-wabak.Unit ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua pelan kesiapsiagaan menghadapi penyakit berjangkit berada dalam keadaan baik, tersusun dan diuji dari semasa ke semasa. Unit CDC juga berperanan menjalankan latihan berkaitan kawalan penyakit berjangkit kepada anggota di peringkat daerah.