PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan ini telah diwujudkan pada tahun 2003 dan ketika itu hanya satu sahaja perjawatan ICT ditempatkan iaitu Juruteknik Komputer FT17. Kemudian, perjawatan ICT telah berkembang di mana selari dengan perkembangan semasa bagi memenuhi visi dan misi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Menjadikan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sebagai sebuah organisasi cemerlang di dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepenuhnya.
MISI
Berusaha mewujudkan sistem maklumat yang cekap dan berkesan menerusi teknologi terkini, inovasi berterusan dan perkhidmatan yang cemerlang.
OBJEKTIF
- Membantu Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan PTJ-PTJ dibawahnya dalam melaksanakan strategi-strategi jangka panjang dan pendek melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan lebih cekap dan berkesan.
- Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dalam usaha mengkomputerisasikan PTJ-PTJ dibawah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam pentadbiran jabatan ini dan kesihatan orang ramai.
CARTA ORGANISASI

PERANAN
a) Skop Audit Dan Kawalselia
- Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan atau kajian
- Merancang dan menjalankan audit teknikal berjadual di peringkat daerah
- Menjalankan lawatan kawal selia teknikal secara ”ad-hoc” di Lapangan
- Menyediakan laporan audit dan cadangan penambahbaikkan
- Membuat susulan terhadap tindakan ke atas cadangan yang dihasilkan daripada audit dan kawal selia
- Memantau displin dan integriti di kalangan anggota Inspektorat di Negeri dan Daerah
- Memperkukuh aktiviti penyeliaan dari segi teknikal oleh pegawai penyelia di semua peringkat
- Merancang dan melaksanakan latihan PKP/PPKP/PKA dalam bidang penguatkuasaan dan perundangan kesihatan awam.
b) Skop Pendakwaan
- Merancang, melaksana dan membantu kes-kes perbicaraan, menyemak PO Brief dan memantau aktiviti pendakwaan undang-undang kesihatan awam di Negeri Sembilan.
- Melaksanakan semakan kertas siasatan untuk mendapatkan izin dakwa daripada Timbalan Pendakwa Raya.
- Membantu menyemak reten bulanan yang dikemukakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu dan melaksanakan audit teknikal di Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu, melaksana dan menyediakan Pelan Tindakan Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri
- Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan undang-undang kesihatan awam.
c) Skop Penyiasatan
- Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti penyiasatan undang-undang kesihatan awam di Negeri Sembilan.
- Mengumpul dan mengurus laporan hasil penyiasatan yang dilakukan di daerah.
- Membantu menyemak reten bulanan yang dikemukakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu dan melaksanakan audit teknikal di Pejabat Kesihatan Daerah
d) Skop Penguatkuasaan
- Merangka, merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
- Mengumpul urus laporan / reten operasi dan menyediakan kenyataan akhbar.
- Membantu menyemak reten bulanan yang dikemukakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu dan melaksanakan audit teknikal di Pejabat Kesihatan Daerah.
e) Skop Risikan
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti risikan bagi aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam peringkat negeri dan daerah.
- Mengumpul dan mengurus laporan hasil risikan yang dilakukan di daerah.
- Membantu menyemak reten bulanan yang dikemukakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu dan melaksanakan audit teknikal di Pejabat Kesihatan Daerah.
f) Skop Dokumentasi Dan Perkembangan Profesion
- Menyelaras dokumentasi Akta, SOP dan Garis panduan di bawah Perundangan Kesihatan Awam
- Menyelenggara dan mengemaskini pengkalan data pegawai diberi kuasa
- Merancang, mengurus dan menilai keperluan perjawatan PKP, PPKP dan PKA
- Merangka, merancang dan menyediakan dokumentasi pencapaian aktiviti dan Pelan Tindakan unit.
- Merangka, merancang dan menyediakan dokumentasi permohonan keperluan penjawatan Unit Inspektorat di daerah dan negeri.
- Menyemak, memantau dan mengumpul urus reten mingguan dan bulanan dari daerah untuk dikemukakan ke KKM.
- Menyediakan dan menguruskan maklumat kad kuasa dan kad perakuan kuasa bagi setiap PKP/PPKP/PKA.
- Membantu merancang dan menyelaras keperluan latihan anggota di Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan aktiviti
FUNGSI
|
Fungsi utama Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi terbahagi kepada tiga iaitu :
|
|
Berikut adalah senarai aktiviti untuk setiap fungsi di dalam Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi : 1. Pengurusan Pentadbiran ICT 2. Pembangunan Aplikasi Dan Multimedia. 3. Teknikal, Operasi, Rangkaian dan Multimedia |
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi maklumbalas dalam masa satu (1) hari bekerja bagi setiap aduan pelanggan yang diterima.
- Memastikan lebih daripada 85% aduan pelanggan yang diterima disempurnakan.
- Sistem rangkaian telekomunikasi dibawah tanggungjawab Seksyen Operasi Teknikal & Pusat Data beroperasi sekurang-kurangnya 95% dalam setahun.
- Aplikasi-aplikasi yang ditempatkan di Pusat Data, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dapat dicapai sekurang-kurangnya 95% setahun.
- Aplikasi-aplikasi ICT yang dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi diadakan Perfomance Review sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
