Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Kejururawatan

PENGENALAN

Bahagian Kejururawatan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kejururawatan yang merangkumi perkhidmatan pesakit dalam, pesakit luar, hospital dan kesihatan awam.

Bahagian ini berperanan merancang, menyelaras aktiviti, mengawal selia, menilai mutu serta memperkukuh keberkesanan penjagaan dan perkhidmatan yang diberikan.

Penilaian dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekalkan mutu perkhidmatan, memastikan pematuhan kepada piawaian, serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.