Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Promosi Kesihatan

PENGENALAN

Unit Promosi Kesihatan, atau dahulunya dikenali sebagai Unit Pendidikan Kesihatan adalah salah satu daripada Unit yang terletak di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penubuhannya, unit ini ditugaskan untuk menerbit dan mengedar bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan. Kemudian, fungsi Unit ini telah beralih daripada penerbitan dan pengedaran bahan-bahan promosi kepada pengurusan program-program promosi dan pendidikan kesihatan termasuk latihan, khidmat runding promosi kesihatan, penyelidikan dan media massa. Fungsi utama Unit Promosi Kesihatan kini adalah untuk merancang, mengurus, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program pendidikan dan promosi kesihatan di Negeri Sembilan. Program dan aktiviti promosi kesihatan memberi perkhidmatan sokongan kepada program kesihatan awam lain, program perubatan, program pergigian dan program farmasi. Aktiviti ini diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen promosi kesihatan di dalam program-program tersebut di bawah Kementerian Kesihatan.