Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Tibi/Kusta

PENGENALAN

Unit Tibi/Kusta bertanggungjawab dalam melaksana dan memantau aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit Tibi dan Kusta di Negeri Sembilan. Unit ini telah ditubuhkan dan beroperasi di bawah Unit Kawalan Penyakit Berjangkit yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54. Program Kawalan Penyakit Tibi/Kusta terbahagi kepada 4 aktiviti utama iaitu Program Survelan Tibi/Kusta, Program Rawatan Tibi/Kusta, Program Pelalian BCG dan Program Aktiviti Makmal Tibi. Setiap aktiviti utama mempunyai Pengelola Tibi di peringkat negeri dan daerah serta penyelia rawatan di setiap Pusat Rawatan 1 dan Pusat Rawatan 2. Negeri Sembilan mempunyai 57 buah Pusat Rawatan 1( semua klinik kesihatan dan hospital) yang berperanan melakukan diagnosa Tibi, memulakan rawatan, menjalankan pemeriksaan ulangan ke atas pesakit Tibi serta menamatkan rawatan manakala terdapat 113 buah Pusat Rawatan 2 (semua klinik desa dan klinik komuniti) yang berperanan menyambung rawatan secara DOT bagi pesakit Tibi.