Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Unit Entomologi & Pest

PENGENALAN

Unit Entomologi & Pest (UEP) beroperasi secara rasmi di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada 01.01.2021 berikutan surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 6 Mac 2020. Sebelum ini, Pasukan Entomologi berfungsi di bawah Unit Penyakit Bawaan Vektor.

Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam). Diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Ahli KajiSerangga) C48. Ahli-ahli lain terdiri dari AKS C44, AKS C41/44, 3 orang Pembantu Kesihatan Awam dan seorang pemandu. UEP di peringkat daerah hanya terdapat di daerah Seremban dan tiada di kesemua 6 buah daerah lain.

Skop Fungsi menjurus kepada pelbagai aktiviti meliputi Siasatan Entomologi, Surveilan Entomologi dan Aktiviti Makmal.