Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Perutusan Pengarah

❝

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato/Dr/Tuan/Puan,

Terima kasih kepada semua warga maya yang mengunjungi Laman Web Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, melalui wadah gerbang informasi ini, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) akan berusaha menyalurkan informasi terkini berkaitan kesihatan, program, aktiviti, perkhidmatan dan pengurusan kesihatan.

Melalui medium rasmi ini juga, saya berharap kita semua mengambil tanggungjawab, inisiatif dan prihatin untuk memperkasakan pengetahuan tentang kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat.

Warga JKNNS sedia memberikan komitmen dalam membantu melahirkan masyarakat yang peka kepada kesihatan diri.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

DR. ZURAIDA BINTI MOHAMED

PENGARAH KESIHATAN NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

❞