Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Rekod Perubatan

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bertanggungjawab memantau dan menyelia laporan dari semua hospital KKM di Negeri Sembilan menerusi Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan (HMIS) dan juga laporan dari hospital swasta melalui system e-Reporting.

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berhubung rekod perubatan pesakit dan statistik hospital bagi membantu dalam perawatan pesakit yang cekap, berkesan dan berkualiti.

Unit Rekod Perubatan sentiasa berusaha memastikan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit berada di tahap yang terbaik dan sistematik dengan memberikan perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan.