Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Piagam Pelanggan

Visi

Negeri Sembilan kearah kesihatan yang optimum berteraskan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan komprehensif.

Misi

Memperkasa penyampaian perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada masyarakat Negeri Sembilan melalui promosi, pencegahan, perawatan, rehabilitasi secara profesional, efisien dan saksama.

Objektif

Membantu individu dan keluarga mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang optima bagi membolehkannya menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Tumpuan diberi kepada rakyat yang kurang bernasib baik.

Kemudahan Untuk Pelanggan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada jabatan ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang diiktiraf sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

Taraf Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bertimbang rasa, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

Maklumat Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Pendidikan Kesihatan

  • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Kewajipan Pelanggan

Untuk membolehkan JKNNS melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.