- Membantu dalam urusan penyelenggaraan kenderaan Jabatan dengan berkesan mengikut Arahan Pentadbiran Jabatan dan Pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
- Melaksanakan tugas memandu kenderaan dengan cekap, cermat dan berhemah bagi memastikan pegawai/staf tiba di destinasi dengan selesa dan selamat.
- Mengetuai Pengurusan Klinikal Perubatan (Clinical Governance) bagi meningkatkan tahap kecemerlangan penyampaian perkhidmatan rawatan perubatan.
- Mengetuai Pengurusan Keselamatan Dan Kualiti Makanan agar mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan.
- Memimpin Pengurusan Perkhidmatan Pergigian bagi memastikan perkhidmatan pergigian yang berkesan dan berkualiti kepada masyarakat.
- Menerajui Pengurusan Perkhidmatan Farmasi bagi pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan.
- Memimpin Pengurusan Kesihatan Awam bagi memastikan perkhidmatan kesihatan komprehensif dan berkualiti disediakan seterusnya mewujudkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat sejahtera.
- Mengetuai Pengurusan Pentadbiran agar keperluan perkhidmatan dipenuhi dan menyokong peningkatan kompetensi dan kemahiran kakitangan.
- Melaksanakan tugas memandu kenderaan dengan cekap, cermat dan berhemah bagi memastikan pegawai/staff tiba di destinasi dengan selesa dan selamat.
- Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dengan cekap bagi memastikan ia dilaksanakan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.
- Membantu dalam urusan kewangan seperti penyediaan tuntutan Pengarah mengikut prosedur kewangan yang berkuatkuasa dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Menyelaras pengurusan mesyuarat/temujanji dan jadual Pengarah bagi memastikan semua aktiviti berjalan lancar.
- Melaksanakan pengurusan surat-menyurat dan fail di Pejabat Pengarah dengan baik dan cara betul selaras dengan peraturan yang berkuasa.