Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN
Jata Negeri
PORTAL RASMI
JABATAN KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN

Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan

Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan.

Satu lagi detik bersejarah tercipta apabila berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan (PPPNS), sebuah fasiliti moden yang bakal memperkukuh perkhidmatan kepakaran pergigian untuk rakyat. Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan ini merupakan fasiliti pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kepakaran pergigian secara non-hospital based serta berfungsi sebagai One Stop Center bagi Zon Tengah meliputi Negeri Sembilan, Putrajaya dan Melaka. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan , mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasakan infrastruktur kesihatan awam demi kesejahteraan masyarakat serta memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih berkualiti, moden dan menyeluruh dapat dinikmati oleh rakyat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO;
YBrs. Dr Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia;
YBrs. Dr Zuraida binti Mohamed, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan;
YBrs. Dr Norliza binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

PPPNS dilengkapi dengan:
🦷 18 buah kerusi pergigian
🦷 Kemudahan diagnostik dan pengimejan terkini yang dilengkapi dengan teknologi moden bagi membantu proses pemeriksaan, diagnosis dan perancangan rawatan pergigian yang lebih tepat, cepat dan berkesan.
🦷 Makmal Kemahiran (Skill Lab) sebagai pusat latihan pergigian.

Dengan kemudahan fasiliti yang lebih selesa serta dilengkapi teknologi terkini, PPPNS dijangka mampu memperkasakan perkhidmatan rawatan pergigian kepakaran Ortodontik, Periodontik, Pergigian Restoratif dan Kesihatan Awam Pergigian. Kemudahan ini juga diharap dapat membantu mengurangkan tempoh menunggu pesakit serta meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga pengoperasian pusat pakar ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap kesihatan mulut masyarakat dan terus memberi manfaat kepada rakyat.