Kempen Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama.
Kontinjen JKN Negeri Sembilan telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke- 69 Peringkat Negeri Sembilan dengan mengangkat tema Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama.Kontinjen ini telah diketuai oleh Encik Mohd Safzan bin Mukhtar, Pegawai Teknologi Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson dengan kekuatan anggota seramai 45 orang.
Membawa slogan Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama dengan memastikan makanan selamat, bersih dan sihat demi kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan. Sekalung Tahniah dan Terima Kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada pihak urusetia dan anggota yang menyertai perbarisan ini.
