Clinical Pharmacy Conference 2022
- Hebahan
- Hits: 17
Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, tren denggi pada minggu semasa (minggu 20) iaitu sehingga 21 Mei 2022 menunjukkan tiada perubahan dalam bilangan daftar kes berbanding minggu ke 19 tahun 2022 iaitu kekal kepada 31 kes. Pecahan bilangan kes daftar mengikut daerah pada minggu ke-20 adalah sebanyak 22 kes didaftarkan di daerah Seremban, Empat (4) kes di Tampin, Tiga (3) kes di Jempol dan masing-masing satu (1) kes di Rembau dan Jelebu. Tiada kes di Port Dickson dan Kuala Pilah. Tiada kes zika dilaporkan. Untuk makluman, hasil pemantauan yang dilakukan oleh Bilik Gerakan Denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan iaitu sehinga Minggu Epid 18 tahun 2022 sebanyak 406 kes denggi dengan satu (1) kematian telah dicatatkan. Terdapat tren peningkatan kes denggi bermula pada Minggu Epid 10 iaitu sebanyak 12 kes kepada 48 kes pada Minggu Epid 11 (peningkatan sebanyak 300%). Sehubungan dengan itu, Masyakat adalah digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kendiri di premis kediaman masing-masing 10 minit setiap minggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Masyarakat juga digalakkan untuk menggunakan semburan aerosol di kawasan-kawasan dalam rumah terutama diwaktu nyamuk aktif iaitu dari 5 – 8 pagi dan 5 – 8 malam setiap hari bagi membunuh nyamuk dewasa. Repelen juga boleh digunakan sebagai pencegahan daripada gigitan nyamuk dan disapukan kepada kulit yang terdedah dan/atau pakaian. Bekalan repelen boleh didapati di setiap klinik kesihatan di Negeri Sembilan sekiranya anda dijangkiti demam denggi. Tiada Aedes, Tiada Denggi.
.
Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif.
Pada Minggu Ke-20 (15.5.2022 - 21.5.2022)
Bil |
Daerah |
Lokaliti |
Status Wabak |
Bil. Kes |
Tarikh Mula |
Tarikh Tamat |
1 |
Jempol |
Felda Palong 6 (Blok 10) |
WT |
2 |
8/5/2022 |
22/5/2022 |
2 |
Jempol |
Taman Satelite |
WT |
2 |
16/5/2022 |
30/5/2022 |
3 |
Seremban |
Taman Pinggiran Senawang (Jln. Ps 4) |
WT |
2 |
9/5/2022 |
23/5/2022 |
4 |
Seremban |
Taman Dahlia |
WT |
2 |
11/5/2022 |
25/5/2022 |
5 |
Seremban |
Kg Jiboi Baru |
WT |
2 |
13/5/2022 |
27/5/2022 |
Catatan : (WT – Wabak Terkawal, WTK- Wabak Tidak Terkawal)
Kenyataan sebutharga "Kerja-kerja membina pagar baru dan lain-lain kerja yang berkait di tapak projek pembinaan baharu klinik kesihatan (jenis 2) dengan kuarters Bandar Sri Sendayan. Maklumat lanjut sila Klik Disini
BAGI SENARAI HOSPITAL dan KLINIK SWASTA UNTUK SARINGAN COVID-19, BOLEH RUJUK LAMAN WEB RASMI COVID-19 MALAYSIA ATAU TEKAN PAUTAN BERIKUT :
Tarikh kemaskini: 11.01.2022
Paparan terbaik menggunakan :
Google Chrome;
Internet Explorer;
Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800 | Faks : 06-7638543